Saturday, February 25, 2012

Makanan Hari ini : Khasiat Kacang Hijau

1:19 PM 2 comments








Assalamualaikum semua , sihat ? saya di sini sihat sahaja, Pagi tadi mak aku ada buat bubur kacang hijau, pernah makan tak ? mungkin ramai di antara kita pernah makan, sebenarnya bubur ini memang sedap kalau di masak dengan cara yang betul, entri kali ini sebenarnya bukanlah nak cerita pasal apa yang aku makan hari ini tapi nak cerita mengenai khasiat kacang hijau, maklumalah saya baru saja makan pagi tadi. Setiap jenis makanan mempunyai kelebihannya tersendiri dalam membantu kesihatan dan kecantikan diri seseorang jika diambil mengikut kadar sesuai. Antara makanan yang mempunyai khasiat tinggi, tetapi kurang diketahui orang ramai ialah kacang hijau atau nama saintifiknya Phaseolus Radiatus L. Dipercayai berasal dari India, ia mengandungi protein, vitamin B1, vitamin B2, Vitamin A, vitamin E, niasin, amylum, besi, belerang dan mineral penting seperti fosfor, kalsium serta karotin yang amat diperlukan tubuh.

Bagi individu yang sedang berdiet, kandungan lemak didalam kacang hijau dapat membantu usaha mereka dan zat gizi di dalamnya mampu mengatasi penyakit anemia (kurang sel darah merah), membantu mencuci perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar.Kita semua digalakkan mengambil kacang hijau dalam diet mereka bagi memastikan badan memperoleh zat yang diperlukan. Kacang hijau dapat menggantikan sumber protein haiwan seperti yang terkandung dalam daging serta ikan. Wah, memang khasiat kacang hijau ni, baiklah selepas ini pergilah ke kedai berhampiran untuk membeli kacang hijau , sememangnya berzat dan berkhasiat untuk diri dan kesihatan kita. Selamat Mencuba.



Read More...


Tanda - tanda hati keras membatu

11:58 AM No Comments










Assalamualaikum, entri kali ini berbicara mengenai hati, hati kita  perlu di jaga dengan baik dan janganlah kita kotori, sesungguhnya sebagai umat islam hati yang baik adalah perlu bagi mengelakan diri kita di kuasai oleh syaitan dan daripada melakukan pekara - pekara keji yang di larang oleh Allah s.w.t. "Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.


Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". 


Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut: 



Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54) 



Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45) 



Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia. 




 Kurang mengagungkan Allah 

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa. 





 Tidak belajar dengan Ayat Kauniah 


Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).


Semoga entri kali ini dapat memberi sedikit sebanyak  peringatan untuk kita semua bermuhasabah diri , dan untuk megelakan diri kita dari terjerumus ke jalan yang tak di redhai oleh Allah s.w.t. 




Read More...


Syukur, Alhamdulillah....

11:07 AM 3 comments









Assalamualaikum, sahabat semua ,sihat ? semoga kita semua sentiasa sihat hendakNya... Syukur alhamdulillah, itu lah saja yang boleh di ungkapkan . Baru - baru ini keputusan peperiksaan akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM)  telah di umumkan, Alhamdulillah dengan keputusan saya, walaupun tidak mencapai target, saya redha . Keperitan semester 5, berakhir  dengan baik. Alhamdulillah, kepada yang cemerlang tahniah , kepada yang kurang cemerlang, kita cuba lagi di semester yang akan datang, insyallah rezeki allah ada di mana - mana, yang penting kita perlu sentiasa bertawakal dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Baiklah sampai disini saja, entri pada kali ini, sekali lagi Tahniah buat semua pelajar UiTM seluruh malaysia , " UiTM di hatiku "...





" UiTM di Hatiku "



Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger