Sunday, August 30, 2015

Senarai Lagu Tema OST Plan Cinta Tak Jadi (Astro) | Plan Cinta Tak Jadi (Astro) 2015

12:32 PM No Comments

Fattah Amin dan Fathia Latiff sekali bergandingan kali ini untuk drama bersiri Plan Cinta Tak Jadi. Selain mereka, ia turut dibintangi Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf dan ramai lagi. Sebuah drama terbitan Orange Tree Production Sdn Bhd diterajui sutradara Azmi Hatta. Saksikan drama Plan Cinta Tak Jadi bersiaran  setiap hari Isnin jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Senarai  OST Plan Tak Jadi : -

  • Aziz Harun - Senyum
  • Elyzia Mulachela - Cinta Yang Tak Mungkin 


Read More...


Saturday, August 29, 2015

Live Streaming Konsert Akademi Fantasia AF 2015 Astro Ria Sumber: Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia AF 2015 Astro Ria

1:41 PM No Comments

Live streaming konsert Akademi Fantasia AF 2015 Astro Ria. Siaran langsung AF 2015 akan bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad mulai 16 Ogos 2015. Manakala konsert penentuan AF 2015 bagi menentukan 12 pelajar Akademi Fantasia akan berlangsung mulai Ahad 9 Ogos 2015. Saksikan malam konsert AF 2015 menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Maya HD bermula pada pukul 9.00 malam setiap Ahad.

Live Steaming Konsert Akademi Fantasia AF 2015 Astro Ria

Sila layari: http://www.youtube.com/user/aftalentaesb atau layari http://www.af.com.my

Jadual Konsert Akademi Fantasia AF 2015 Astro Ria

Masa: 9.00 malam
Tarikh: Setiap ahad mulai 9 Ogos 2015
Siaran: Astro Ria (104) dan Astro Maya HD
Jadual Diari Akademi Fantasia AF 2015 Astro Ria

Tarikh: Mulai 1 Ogos 2015
Masa: Setiap Isnin – Jumaat 9:00 Malam
Siaran: Astro Ria & Astro Maya HD
Senarai Tenaga Pengajar Dan Hos AF 2015

Hos Konsert Mingguan : Zizan Razak dan Faizal Ismail
Pengetua : Edry Abdul Halim
Pengarah Muzik Konsert : Acis
Guru Vokal : Shahrol
Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris : Fatimah Abu Bakar
Guru Tarian dan Kareografi : Linda Jasmine
Guru Seni Persembahan : Fauziah Nawi
Guru Pementasan : Que Haidar

Senarai 12 Pelajar Akademi Fantasia AF 2015

SHARUL : [Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan]
IQWAN : [Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak],
SYAMEL : [Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur],
OPENG : [Anthonasius Jadil, 23, Sabah],
FAROQ : [Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka],
SUFI : [Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura],
BILA : [Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur]
ARISA : [Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor]
AZIAH : [Aziah Awang, 21, Sabah]
IFA : [Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah]
LISA : [Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak]
RACHEL : [Ang Hui San (Rachel), 23, Pahang]

Sumber: Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia AF 2015 Astro Ria | melvister.com
Read More...


Friday, August 28, 2015

Senarai Lagu Tema OST Akulah Balqis (TV3) | Akulah Balqis (TV3)

9:44 AM No Comments

Drama terbaru karya Erma Fatima, Akulah Balqis bakal muncul mengisi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan pelakon hebat iaitu adik Puteri Balqis, Aeril Zafrel dan Nabila Huda. Turut dibintangi oleh Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri Aishah, Aziza Kazan dan ramai lagi. Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra, dibawah arahan Pali Yahya. Drama ini dilihat seperti pembikinan semula telefilem Balqis yang pernah disiarkan untuk slot Festival TV3.  

Senarai OST  Akulah Balqis

Asfan - semua tentang kita

Read More...


Dai Pendakwah Milenia Musim 3 TV3 (2015)

9:20 AM No Comments

Program keagaamaan Da’i Pendakwah Milenia kembali bagi musim ketiga, kali ini membawa 10 pendakwah muda membuktikan kemampuan mereka untuk bergelar pendakwah milenia. Episod pertama bakal bersiaran pada 16 Ogos ini memaparkan sesi ujibakat, minggu seterusnya 23 Ogos pula akan bermulakan pentas Da'i secara langsung melibatkan 5 orang peserta. Da’i Pendakwah Milenia ditayangkan setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3. Siaran ulangan akan disiarkan pada hari Jumaat, jam 10 pagi atau boleh menontonnya semula di laman www.tonton.com.my. Bermula

Edisi ketiga ini bakal menampilkan konsep baru apabila peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan di mana setiap satu kumpulan akan dibimbing oleh seorang murabbi. Lima peserta lelaki yang bakal berada di bawah bimbingan Ustaz Elyas Ismail ialah Muhamad Ariffin bin Nordin (21 tahun, Kelantan), Muhammad ‘Asri Hijrah bin Damni (25 tahun, Sarawak), Luqmanul Hakim bin Joohari (26 tahun, Pulau Pinang), Ahmad Fuad bin Mohamad Mokhtar (20 tahun, Selangor) serta Muhammad Hilman bin Fabli (23 tahun, Melaka). Kesemua mereka akan berada di bawah kumpulan Al-Rijaal.

Manakala lima peserta perempuan yang akan dibimbing oleh Dr. Robiah K. Hamzah dalam kumpulan An-Nisaa’ pula ialah Hamidah binti Ab Razak (23 tahun, Kedah), Nor Adzlyn binti Sadiri, (22 tahun, Sabah), Nursyuhada binti Zulkifli (20 tahun, Kelantan), Nur Ainun Syailah binti Kamaruzaman (19 tahun, Kuala Lumpur) serta Nur Hidayu binti Mohd Kamil (23 tahun, Selangor).

Keseluruhan prestasi 10 peserta ini akan dipantau oleh ketua mentor iaitu Datuk Kazim Elias. Mereka kemudian akan diadili secara individu oleh dua juri tetap iaitu Ustaz Harryyanto Rizal Rokman dan Ustaz Syarhan Safie bersama seorang juri jemputan dalam siaran langsung yang akan diadakan bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sistem permarkahan akan diadili menerusi juri jemputan (60%), 30% juri awam serta 10% juri sosial media. Selain itu, musim ketiga ini masih mengekalkan Datuk Rosyam Nor selaku hos namun turut menampilkan Hj. Zainal Ariffin Ismail sebagai pengacara bersama.

Hadiah pemenang utama diberi ganjaran wang tunai RM50,000 beserta pakej umrah, sebuah trofi, saham PNB berjumlah RM5,000 dan juga pengalaman bekerjasama bersama Media Prima Berhad.

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Ala Bib (TV3) | Drama Ala Bib TV3 2015

9:16 AM No Comments

Drama terbaru Ala Bib akan datang di slot Iris TV3. Dibintangi oleh Nur Risteena Munim, Atikah Suhaime, Ammar, Iqram Dinzly, dan Syafiq kyle. Sebuah drama arahan Along Kamaludin terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd. Penggambaran drama 'Ala Bib' sudah pun tamat. Nantikan tayangannya tidak lama lagi.

*Senarai OST akan di update :) 

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Eksperimen Cinta (TV3) | Eksperimen Cinta TV3 2015

9:05 AM No Comments

Drama adaptasi novel berjudul Eksperimen Cinta  disiarkan slot Dahlia TV3. Fahrin Ahmad akan bergandingan dengan Izreen Azminda sebagai watak utama. Novel karya Anjell ini diarahkan oleh Emi Suffian, terbitan Zeel Production. Nantikan tayangannya setiap hari Sabtu dan Ahad jam 7 malam di TV3.

Senarai OST Eksperimen Cinta : - 

Tajuk: Mungkin Kamu
Artis: Sissy Imann
Lagu: Sissy Imann / Ag Coco
Lirik: Sissy Imann
Edaran : FMC Music Sdn Bhd

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Wadi (TV3) | Wadi TV3 2015

8:56 AM No Comments

Drama bersiri 'Wadi' di slot Zehra TV3 menggantikan drama Puteri Bukan Nama Sebenar. Pelakon berbakat besar, Syafie Naswip memegang watak utama dalam drama ini sebagai 'Wadi'. Sebuah drama arahan Heykal Hanifah terbitan Luqsar Kreatif.

Senarai OST Wadi TV3 : - 

Hati Mati - Ezad  Lazim ft. RJ


Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Mak Cun (TV3) | Mak Cun TV3 2015

8:47 AM No Comments

Bermula daripada telefilem Spain Oulss, dibawa kesinambungannya dalam drama bersiri Ajaibnya Cinta, kini ia kembali dengan sekuel terbaru berjudul 'Mak Cun'. Sesuai dengan tajuknya, kali ini cerita lebih menfokuskan kepada watak Mok Cun dan anaknya Atul di kampung. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Erma Fatima, Balkisyh Semundur Khan, Dato Rahim Razali, dan Nora Danish. Penampilan baru juga tidak kurang hebatnya seperti Umie Aida, Azwan Kombos, Ryan Putri Basyarah dan ramai lagi. Nantikan drama sutradara Bade Hj Azmi mulai 29 Julai 2015, setiap Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di TV3. Pastinya mencuit hati penonton.

Senarai OST Mak Cun TV3 : 

Mok Cun - Betty Rahmad dan Eirma Fatima 

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Mencintaimu TV3 | Mencintaimu TV3 2015

8:29 AM No Comments

Drama terbaharu arahan Raja Ahmad Alauddin berjudul 'Mencintaimu' akan mengisi slot Akasia TV3. Pelakon utama untuk drama ini ialah gandingan Sharnaaz Ahmad dan pelakon kacukan Melayu-Australia iaitu Zahirah Macwilson. Turut dibintangi oleh Sasqia Dahuri, Sarah Anne, Niezam Zaidi, Aleza Shadan dan ramai lagi. Drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd itu bakal menemui penonton mulai 19 Ogos 2015, bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di saluran TV3. Boleh juga menontonnya menerusi laman tonton.com.my

*Bagi menjayakan watak Hisyam sebagai seorang budak nakal, Sharnaaz Ahmad sanggup berkerja keras bagi memperoleh sosok tubuh yang berotot.

*Pendatang baru, Zahirah Macwilson merupakan anak kepada bekas pelakon dan penyampai TV3, Zainol Johari Macwilson.

JUDUL : MENCINTAIMU
EPISOD : 24 episod
TARIKH / MASA : 19 Ogos 2015 (Isnin-Khamis, 7.00 petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP: Shuhadatul Ain Zakaria
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd

PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Zahirah Macwilson, Sasqia Dahuri, Sarah Anne, Niezam Zaidi, Hafizul Kamal, Fikhree Bakar, Aleza Shadan, Musthapa Kamal, Nina Juren, Afzan A.Rahmam, Ruzana Ibrahim, Abu Bakar Juah, Fadhil Dani, Fadilah Mansor , Riezman Khuzaimi, Rahim Jailani

Senarai OST Mencintaimu TV3 :

(Setia - Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir)


Read More...


Tikus makan mata, jari bayi di hospital

8:19 AM 1 comments

ANDHRA PRADESH - INDIA . Seorang bayi maut selepas seekor tikus memakan mata dan jari seorang bayi yang baru berumur 10 hari di sebuah hospital, semalam.

Menurut Dailymail, tiga kakitangan hospital tersebut digantung kerja berikutan kejadian itu.

Bayi tersebut ditempatkan di Hospital Kerajaan Guntur berkenaan kerana mengalami masalah saluran kencing.

Kejadian tersebut disedari oleh ibu bayi tersebut, Chavali Lakshmi selepas mendapati jari bayinya mempunyai kecederaan seperti digigit.

Mata kiri bayi berkenaan juga rosak akibat digigit. 

Ketua Menteri Andhra Pradesh, N Chandrababu Naidu memerintahkan kejadian tersebut disiasat.

Read More...


Curi motor, popular di internet

8:16 AM No Comments

TIGA orang pemuda 'popular' hari ini selepas didakwa mencuri sebuah motosikal di NU Sentral, Kuala Lumpur, semalam.

Tinjauan Sinar Online mendapati foto ketiga-tiga lelaki berkenaan dimuatnaik oleh pemilik motosikal yang dicuri ke laman sosial Facebook.

"Assalamualaikum 3 orang pemuda ni adalah pencuri moto saya di NU Sentral Kuala Lumpur.. Motor saya telahpun hilang semalam .. Pada hari Rabu 26.08.2015.. Moto saya jenis honda EX5 warna biru K******.. Sesiapa yg mengenali mereka bertiga sila laporkan kepada balai polis berdekatan.. Tolong share please," rayu mangsa.

Foto berkenaan sudah dikongsikan hampir 4,000 pelayar yang lain.

Bagaimanapun, perkongsian terbaru dari salah seorang rakan mangsa hari ini menunjukkan bahawa motorsikal yang dicuri telah dipulangkan kembali kepada pemilik asal.

Read More...


Kerana ekonomi teruklah, kami adakan Bersih

8:14 AM No Comments

PETALING JAYA - "Kerana ekonomi negara sudah sedia ada teruklah, kami adakan Bersih 4.0!" demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, kegagalan ekonomi Malaysia adalah disebabkan skandal badan pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukannya disebabkan oleh penganjuran himpunan Bersih 4.0 yang akan berlangsung pada 29 Ogos dan 30 Ogos ini.

"Kenapa Bersih (4.0) pula yang jadikan ekonomi negara sebagai mangsa, 1MDB lah punca sebenar negara mengalami krisis ekonomi.

"1MDB yang menyebabkan nilai ringgit susut dan ekonomi makin teruk. Bukannya Bersih. Itu tak betul," balas Wan Azizah ketika ditemui Sinar Online di sini, hari ini.

Datuk Rahman Dahlan pada semalam dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa penganjuran himpunan tersebut bakal memangsakan ekonomi negara; menyebabkan ekonomi semakin teruk.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menulis di ruangan Twitternya @mpkotabelud pada Rabu dengan mengatakan penganjur Bersih 4.0 tidak peduli mengenai keadaan semasa ekonomi.

"Dulu kita buat Bersih, jelas bahawa himpunan itu tidak jejaskan ekonomi negara," bidas Wan Azizah lagi.

Read More...


Thursday, August 27, 2015

Dua beradik lemas memancing di lombong

8:33 AM No Comments

IPOH - Keghairahan dua beradik memancing di sebuah lombong tinggal di Taman Rasi, Menglembu di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang selepas mereka terjatuh ke dalam lombong berkenaan.

Penolong Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Ismail Darus berkata, mayat Lee Poh Wei, 16, ditemui pada 5.56 petang manakala adiknya, Lee Poh Jun, 14, belum ditemui.

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila dua beradik itu, yang tinggal di Bukit Merah, Lahat dikatakan ke lombong berkenaan untuk memancing ikan bersama seorang lagi rakan mereka, kata Ismail kepada pemberita.

Beliau berkata, insiden itu berlaku apabila Poh Jun dikatakan cuba menarik kail pancingnya yang tersangkut sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong berkenaan serta dipercayai lemas.

Poh Wei yang melihat kejadian itu kemudian terjun untuk menyelamatkan adiknya tetapi dia turut lemas, kata Ismail.

Rakan mereka yang cuba membantu tetapi gagal kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sejumlah 39 orang membabitkan anggota polis, bomba serta Rakan Cop melancarkan operasi mencari, dan mayat Poh Wei ditemui di dasar lombong.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menyifatkannya sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata, mayat Poh Wei dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. - Bernama

Read More...


Khidmat doktor 'selfie' mungkin ditamatkan

8:23 AM No Comments

PUTRAJAYA - Doktor wanita yang merakam gambar selfie di sebuah hospital di Johor Bahru, berkemungkinan berhadapan tindakan ditamatkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Tindakan terhadap doktor yang berkhidmat kurang dari lima tahun itu, bagaimanapun akan bergantung kepada hasil siasatan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan, yang antara lain juga, boleh digantung kerja atau dikenakan tindakan pentadbiran, katanya.

Mengulas tindakan doktor wanita yang merakam gambar selfie sambil menunjukkan isyarat 'peace' dengan pesakit dalam posisi bersalin, Dr Subramaniam berkata ia perbuatan serius kerana melanggar etika sebagai pengamal perubatan.

"Bayangkan hendak menjadi doktor bukan senang kerana perlu mengambil masa bertahun-tahun dan menelan belanja tinggi, tetapi kerana selfie dalam beberapa saat, masa depan bakal gelap," katanya kepada pemberita di kementeriannya di sini hari ini.

Perbuatan doktor itu mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang turut mengecam tindakan yang mengaibkan maruah pesakit itu berkata anggota keluarga atau suami pesakit boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam memberi amaran keras kepada pegawai perubatan agar tidak mengulangi perbuatan sama serta mengingatkan bahawa mereka mempunyai etika kerja yang wajib dipatuhi.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata pihaknya akan membentangkan pindaan Akta Pergigian 1971 di Parlimen pada Oktober ini, bagi mewujudkan bidang kepakaran dalam profesion pergigian.

Beliau berkata tujuan diwujudkan bidang kepakaran pergigian bertujuan untuk memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan di negara ini dan menangani penyalahgunaan gelaran pakar pergigian.

"Dengan pindaan akta ini, doktor gigi yang mempunyai kepakaran bidang tertentu seperti rawatan mulut dan gusi serta pembedahan tulang di muka perlu berdaftar di bawah pihak kementerian," katanya. - Bernama

Read More...


‘Tahniah KJ, tahniah Pemuda Umno kerana berani’

8:13 AM No Comments

SAYA merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno, dan barisan Exco Pemuda Umno atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri.

Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.

Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden Umno yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan Umno, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda Umno dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul. Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state).

Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal.

Mudah-mudahan ALLAH SWT menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na’uzubillahi min zalik.

Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera. Sebagai Timbalan Presiden Umno, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan Umno bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi.

Saya lakukan ini kerana saya sayangkan Umno. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam Umno sendiri yang lantang mengkritik saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita.

Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan.

Seorang Ketua Bahagian di Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.

Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada Umno cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam Umno lebih 40 tahun. Malah, ketika Umno diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula Umno di Johor sehingga Umno kembali kuat dan Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan Umno dan BN dalam setiap pilihan raya umum (PRU).

Saya juga tetap setia bersama parti ketika Umno menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.

Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara.

Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.

Kepada ALLAH saya berserah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

* Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Read More...


'Mayat' menjerit minta tolong

8:07 AM No Comments

LA ENTRADA - HONDURAS. Seorang remaja perempuan yang diisytiharkan meninggal dunia menjerit meminta pertolongan sehari selepas dikebumikan.

Neysi Perez, 16, dilaporkan meninggal dunia ketika bangun untuk ke tandas di luar rumahnya di La Entrada, barat Honduras.

Remaja yang mengandung tiga bulan itu, dipercayai pengsan selepas mengalami serangan panik selepas terdengar bunyi tembakan.

Dia kemudiannya dikebumikan dengan pakaian pengantin yang dipakainya ketika berkahwin baru-baru ini.

Bagaimanapun, sehari selepas pengembumian, suaminya, Rudy Gonzales pergi melawat kubur isterinya dan kemudian dia mendengar jeritan meminta tolong  dari dalam keranda tersebut.

Yakin bahawa suara jeritan tersebut adalah isterinya, dia bersama-sama ahli keluarga yang lain bertungkus lumus memecahkan binaan konkrit kubur bagi mengeluarkan mangsa.

Ahli keluarga yang mengeluarkan mangsa menjumpai kesan hentakan pada cermin kaca yang menutupi keranda dan tangan remaja tersebut juga didapati lebam.

Mangsa dibawa ke hospital berdekatan San Pedro Sula, namun pakar perubatan mengesahkan dia sudah meningal dunia dan kemudiannya dikebumikan semula di dalam kubur yang sama.

Sementara itu, memetik laporan Dailymail, salah seorang pekerja di tapak pengebumian itu, Jesus Villanueva berkata, dia pernah terdengar suara bising dari kubur berkenaan, namun tidak menyangka 'mayat' tersebut masih hidup.

Read More...


Wednesday, August 26, 2015

212 kematian akibat denggi direkodkan setakat ini

10:16 AM No Comments

PUTRAJAYA - Sebanyak 212 kematian akibat demam denggi direkodkan di seluruh negara setakat ini, meningkat 72.4 peratus berbanding 123 kematian bagi tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, pada minggu ke-32 iaitu dari 9 hingga 15 Ogos lepas, sebanyak 11 kematian dicatatkan daripada 2,532 kes yang dilaporkan.
  
Katanya terdapat tujuh negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Johor 72 kes, Perak (24), Pulau Pinang (19), Negeri Sembilan (18), Sabah (sembilan), Melaka (enam) dan Kelantan (satu).
  
"Dari Januari hingga 15 Ogos, jumlah kumulatif kes denggi adalah 75,795 kes, berbanding 59,790 kes bagi tempoh yang sama 2014, iaitu peningkatan sebanyak 26.8 peratus (16,005 kes)," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Pada minggu ke-32 juga, katanya, terdapat 994 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 12 negeri.   

Dr Noor Hisham berkata, 599 lokaliti dilaporkan di Selangor, Johor (223), Perak (41), Kelantan (32), Pulau Pinang (19), Melaka (18), Kuala Lumpur dan Putrajaya (17) dan Negeri Sembilan (11).
  
"Negeri lain iaitu Pahang, Sabah, Sarawak, dan Terengganu melaporkan kurang daripada 10 lokaliti," katanya.

Beliau berkata, penglibatan masyarakat dalam aktiviti pencegahan denggi seperti mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes dan gotong-royong perlu diberikan penekanan oleh semua pihak terutama di negeri yang mengalami peningkatan kes. - Bernama

Read More...


Jangan bongkak, tuhan ambil balik sekejap saja

9:22 AM 3 comments

BAGAIKAN sudah tiada bahan jenaka lain apabila seorang pelayar laman sosial menangkap foto pengguna servis pandu-lalu (drive-thru) di sebuah restoran makanan segera dan mentertawakannya kerana menggunakan motorsikal.

"Aku laki bini terkejut bila tengok mamat ni dengan awek dia," kata pelayar tersebut dalam sebuah perkongsian yang dikongsi hampir 1,500 pelayar lain di Facebook.

"Ini drive-thru bukan ride-thru," katanya lagi beserta foto pasangan lelaki dan wanita yang beratur untuk memesan makanan yang diambil dari dalam sebuah kereta.

Perkongian tersebut bagaimanapun disambut dengan kecaman pelayar lain yang rata-rata tidak bersetuju dengan kritikannya terhadap penunggang motorsikal tersebut menggunakan servis berkenaan.

"Baru keluar gua ke perempuan ni?" kata Ahmad.

"Aku selalu je pergi (pandu-lalu) naik motorsikal," kata Shinju.

"Jangan bongkak, jangan sombong. Tuhan boleh ambil semuanya dengan sekejap aje," kata Greg.

"Jangan hina orang.. Kesenangan di dunia ni hanya pinjaman. Jangan bongkak dan angkuh. Hidup ni macam roda," kata Zuan.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


Read More...


Tuesday, August 25, 2015

Penyanyi, Stacy peluk Islam?

9:23 AM 1 comments

PELANTUN lagu I'm Not For Sale, Stacy dikhabarkan sudah memeluk agama Islam berikutan sekeping foto penyanyi itu bertudung bertebaran di media sosial hari ini.

Penyanyi dikatakan menggunakan nama Islam Ummu Syaikah Stacy Abdullah memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Johor Bahru pagi tadi sambil ditemani kedua ibu-bapa Akim serta ibunya.

Sementara itu, memetik laporan portal berita tempatan, Ketua Bahagian Muzik & Bakat Astro, Prakash Swami Nathan berkata, Stacy akan mengadakan sidang media bagi merungkai khabar angin tersebut esok.

"Betul atau tidak cerita yang bertebaran di laman sosial itu, kita sama-sama tunggu jawapannya esok. Biarlah empunya diri yang memperjelaskan segala-galanya.

Sebelum ini Stacy digosipkan bercinta dengan penyanyi Akim Ahmad malah selebriti itu jua dilihat mengenakan pakaian sedondon ketika Aidilfitri lalu.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger