Serdang: Misteri tangisan tanpa henti lebih 40 minit di
belakang rumah terungkai apabila seorang wanita menemui bayi perempuan dibalut
dengan sarung bantal di Bandar Kinrara 4/6, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, bayi seberat 3.4
kilogram yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui dalam keadaan lemah sebelum
wanita berkenaan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak
Elias berkata, sebaik menerima maklumat, Ketua Polis Balai Kinrara dikejarkan
ke lokasi kejadian dan mendapati bayi itu dibalut dengan sarung bantal dan
masih ada kesan darah serta dalam keadaan lemah.
Menurutnya, bayi itu dikejarkan ke Hospital Serdang untuk
menerima rawatan kecemasan.
“Berdasarkan keterangan wanita berkenaan, dia terdengar
bunyi tangisan di belakang rumahnya sejak jam 11.30 malam hingga 12.10 tengah
malam tanpa henti. Dia akhirnya menjenguk melalui tingkap dapur dan mendapati ada
bayi ditinggalkan di belakang rumahnya.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment