Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera. Macam-macam Zaman sekarang ini. Jahit lidah untuk kekal kurus ? kalau anda sanggup ? kalau saya tidak sama sekali. Untuk apa kurus kalau kita hilang nikmat makan kita sendiri. Nak kurus? Senaman merupakan cara terbaik. Insyallah.
Caracas: Walaupun sudah berbelanja sebanyak AS$7,000
(RM23,000) untuk pembedahan hidung dan membesarkan payu dara bagi memenuhi
impiannya memenangi Ratu Venezuela, Maya Nava merasakan semua itu tidak pernah
mencukupi. Malah gadis berusia 18 tahun itu sanggup mengambil langkah drastik
menjahit plastik di lidahnya semata-mata untuk memastikan beliau kekal kurus.
“Ia membuatkan saya turun berat badan dengan lebih cepat,”
katanya kepada rancangan Extreme Beauty Queens: Secrets of South America yang
disiarkan oleh BBC3.
Ambil makanan cecair
“Anda makan (benda) sama tetapi dalam bentuk cecair,”
katanya yang mengakui jahitan lidah akan membuatkan beliau terlalu sakit jika
memakan makanan pejal.
Maya adalah salah seorang daripada ribuan gadis remaja yang
terlalu taksub untuk dimahkotakan sebagai Ratu Venezuela dan keluarga mereka
pula akan melakukan apa saja untuk mencapai impian berkenaan.
Jaminan masa depan
“Ia akan memberi jaminan masa depan untuk saya dan keluarga.
Ia membolehkan kami untuk meninggalkan kawasan perumahan miskin ini,” katanya.
Keazaman Maya untuk berjaya bukanlah sesuatu yang
mengejutkan. Beliau tinggal di kawasan perumahan Santa Cruz di Caracas di mana
satu pembunuhan dilaporkan berlaku setiap 40 minit.
Dengan mencatatkan kemenangan paling banyak dalam Ratu Dunia
berbanding negara lain dan memiliki 50 juta penonton televisyen bagi
pertandingan akhir di peringkat kebangsaan, pertandingan ratu cantik disifatkan
sebagai satu perniagaan besar di Venezuela.
Raja Kecantikan
Diselia ‘Raja Kecantikan’ negara itu, Osmel Sousa, 67,
peserta menghabiskan masa enam bulan hingga ke peringkat akhir dalam satu
‘bootcamp’ kecantikan di mana kamera sering memerhati mereka dan pembedahan
menjadi rutin.
Miss Venezuela House dikendalikan orang seperti Sousa yang
sentiasa memeriksa perkembangan gadis berkenaan dan sering memberikan nasihat.
Malah beliau menggunakan ketajaman matanya untuk kesempurnaan bahagian yang
perlu diperbaiki.
Tetapi tidak semua bersetuju dengan pembedahan melampau yang
perlu dilalui peserta. Ibu kepada seorang peserta, Lara menegaskan bahawa anak
perempuannya enggan melakukan pembedahan kerana ia akan menjadi satu
pertandingan yang tidak adil.-AGENSI
Sumber : http://www.bharian.com.my
0 comments:
Post a Comment