Saturday, August 20, 2011

"SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?"

9:03 PM 7 comments



Assalamualaikum...
Aku join segmen ni nak join ?




 Enjoy ! Selamat Mencuba !
Read More...


Wahh header flash

5:57 PM 3 comments



Assalamualaikum... kali ni aku join contest menang
 header flash , aku harap blh mng !


Saya suka blog sampan kertas dan tutorialmalaysia kerana :

OK... Untuk memudahkanya saya komen satu persatu bermula dgn :

Sampan kertas :

Pertama suka blog ni ? , msti la sbb cepat loading ! mmg aku suka blog  yg cepat loading , 
Selain dari tu blog ni mmpunya tutor yg berguna n boleh mmberi bnyk manfaat kepada blogger 
dan juga pelawat dalm blogg ni juga... Selain daripada itu , penggunaan warna, sngt seimbang 
aku suka blog yg da 2 - 3 warna ja, x perlu bnyk2x mcm blog sampan kertas ni... Kalau letak bnyk warna mmg serabut tp blog sampan kertas ni mmg  terbaiklah... warna hitam, my fav...Input2x dlm blog ni terdiri drpd pelbagai label, yg sesuai untuk semua golongan masyarakat.. dan yg paling penting aku suka header dia ! mmg menarik la... cute ,, simple but nice... aku rasa itu ja.... tp blog ni mmg cool la..... Caiyokk.. Sampan kertas...


Tutorial Malaysia : 

Seperti yg aku ckpkn untuk sampan kertas blog tutorial malaysia ni pon nng nak loading aku suka itu,  selain dari itu terdapat pelbagai tutorial untuk mnghias blog.. aku suka... dan aku yakin rmi juga blogger yg suka dgn tutorial tu, bkn semua blogger taw semua tu so tutorial malaysia ni sesuai unutk di jadikan rujukan oleh semua blogger.. dan dlm tutorial malaysia kita juga  boleh dapat direct link ke apple , goggle , microsoft n yahoo news... sngt bermanfaat kepada semua , bkn sahaja kpd blogger tp , kpda semua visitors...  


OK, Itu saja pendapat aku , kenapa aku suka sampan kertas n tutorial malaysia...
OK.. harap blh mng !.... 

Read More...


Jangan Sombong Berpijak Di bumi Allah s.w.t.

5:17 PM No Comments




            



  Assalamualaikum.. aku nak cita kisah ni ... 
Ni kisah ni aku ingt masa drama tv3...
 ok renungkan yerr...


Dialog antara si kaya n peminta sedekah


Si Peminta Sedekah : Encik mnta tolong ? minta tolong

Si kaya : Kamu ni keja lain ada , p la wat .

Si Peminta sedekah : Saya sakit , saya x mampu

Si kaya : Baiklah, nah 10 sen , saya ikhlas ni

Si peminta sedekah : Terima kasih (dalam hatinya, ya allah, kedekutnya,sedih sekali )


*******************************
Beberapa bulan kemudian , Si kaya di uji oleh allah , segala
harta dan perniagaan hilang dlm sekelip mata dia pon mnjadi 
miskin papa kedana dan merayap2x meminta sedekah pada suatu hari .....

 ******************************* 

Si Peminta sedekah yg dulunya miskin kini dah mnjadi kaya, bertemu dgn si kaya yg angkuh kini mnjadi peminta sedekah..


Si kaya : Minta sedekah cik.. tolong..

Si Peminta Sedekah : nah 10  sen ikhlas ni.....

Si kaya : terfikir sejenak.. tentang kisah lampaunya.. 


Tammat....


Moral cerita ini , jgn lah kamu angkuh dan sombong berpijak 
di Bumi Allah S.w.t. yg perbuatan jahat akan di balas dgn jahat...


Renungan Di bulan ramadan.... 
 
Read More...


Bahang dan Bahana Maksiat

4:17 PM 1 comments



Jika melanggar batas Allah pada hak alam semulajadi ada bahananya, bagaimana pula dengan iklim kepanasan maksiat yang meningkat lebih mendadak daripada iklim dunia ini?

Seakan-akan manusia hari ini sudah tidak takut lagi terhadap ancaman-ancaman yang dijanjikan oleh Allah. Allah SWT berfirman: Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan yang tersembunyi, kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan. (al-An'aam: 120)

Sebahagian manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar pangkat dan nama di dunia ini. Seolah-olah dunia ini milik mereka. Mereka takut akan hidup miskin di dunia yang bersifat sementara tetapi mereka tidak takut akan miskin di akhirat alam yang kekal untuk mereka.

Walhal, Rasulullah SAW bersabda: "Takutlah (jauhilah) dari perkara-perkara yang diharamkan, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling tinggi ibadahnya. Redailah dengan pemberian Allah untuk kamu, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya..." (riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmidzi)

Sayang sekali, tidak sedikit pun formula dan petua paling mujarab yang diberikan oleh Rasulullah SAW ini memberikan bekas dan kesan kepada hati mereka. Mereka dikhayalkan oleh kemabukan duniawi sehingga saban hari mereka menjadi penyumbang kepada risiko kepanasan suhu maksiat dunia ini.

Sedar atau tidak, hakikatnya implikasi kepanasan dosa dan maksiat yang dilakukan oleh manusia di dunia ini lebih merbahaya daripada kesan pemanasan global. Bahkan sebenarnya peningkatan suhu kepanasan dunia yang telah dan sedang menimpa umat manusia hari ini juga adalah natijah daripada kepanasan dosa dan maksiat yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

Hal ini ditegaskan dengan panjang lebar oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya: "Terdapat lima perkara yang aku berlindung kepada Allah agar kalian tidak menemuinya. Pertama, tidaklah muncul kekejian dalam suatu kaum, melainkan bermaharajalela di dalam kaum tersebut bermacam jenis penyakit yang belum pernah dialami oleh kaum sebelum mereka.

"Kedua, tidaklah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, melainkan mereka ditimpa kelaparan, kesempitan hidup dan mendapat pemimpin yang zalim.

"Ketiga, tidaklah mereka mengelak daripada membayar zakat bagi harta mereka, melainkan mereka akan dihalang daripada diturunkan hujan dari langit; jika tidak kerana binatang ternakan sudah pasti tidak diturunkan hujan kepada mereka.

"Keempat, tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah memberikan kekuasaan kepada musuh mereka, hingga musuh-musuh tersebut merampas apa yang mereka miliki.

"Kelima, tidaklah imam-imam mereka tidak menghukum dengan Kitab Allah, melainkan dijadikan kerosakan di antara mereka disebabkan tangan mereka sendiri". (riwayat Ibnu Majah, al-Baihaqi dan al-Bazzar).

Ketahuilah bahawa kadar kesan negatif yang terhasil akibat perbuatan maksiat itu mengikut kadar sifat-sifat baik yang terhasil daripada ketakwaan. Sebagaimana tidak ada kebaikan di dunia dan akhirat, kecuali disebabkan takwa, begitulah juga tidak ada di dunia dan akhirat kejahatan, bala bencana dan ujian melainkan disebabkan oleh maksiat-maksiat yang berlaku.

Oleh kerana itu, maksiat adalah penyebab segala kerosakan, baik di darat mahupun di laut. Termasuklah kerosakan agama, badan, penyakit dan wabak, kemusnahan tanaman dan buah-buahan, ditimpa kemarau, dilanda ketakutan, tenggelam di lautan, kemusnahan harta, diri dan sebagainya. Sebagaimana ditegaskan dalam surah al-Rum ayat 41.

Maksiat juga adalah penyebab hilangnya nikmat dan datangnya kecelakaan, bala serta penyesalan ketika mana penyesalan tidak lagi berguna. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain Allah. (al-Ra'd: 11)

Maksiat juga penyebab terhakisnya iman hingga mengundang laknat dan kemurkaan Allah Yang Maha Pengasih. Bahkan mengundang kehinaan, kemiskinan dan kerendahan.

Bukan sedikit ancaman dan peringatan Allah agar hamba-hamba-Nya menghindari maksiat dan dosa kepada-Nya. Lantaran rahmat dan kasih sayang-Nya, Allah menceritakan kisah dan penyesalan umat terdahulu akibat maksiat yang dilakukan agar hamba-hamba-Nya mengambil pengajaran dan insaf lalu kembali kepada-Nya.

Di antaranya, Allah mengkhabarkan tentang peristiwa Ahli Kitab yang telah dilaknat dan ditimpa bala pembunuhan, penawanan dan kezaliman pemerintah akibat maksiat yang mereka lakukan. Mereka juga dibalakan dengan kebinasaan kampung-kampung dan rampasan harta. Firman Allah: Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. (al-Baqarah: 49)

Sejarah membuktikan maksiat juga penyebab kehancuran umat-umat yang terdahulu dan kurun-kurun yang lepas, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 40.


Maksiat Batin

Harus kita ingat, dalam memperkatakan tentang kesan-kesan negatif maksiat, kita juga harus mengetahui bahawa maksiat itu bukan sekadar maksiat zahir yang kita lakukan seperti berzina, mencuri, menzalimi orang lain, makan dari sumber yang haram, berjudi, menjual agama kerana dunia, membelakangkan hukum Allah, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan sebagainya.

Termasuk dalam kategori maksiat atau dosa ialah maksiat batin yang kita lakukan dan ia lebih merbahaya kerana sukar dihidu. Di antaranya sifat takbur, riak, sum'ah, kikir, tidak reda dengan qada' dan qadar Allah, tidak yakin dengan rezeki yang Allah tentukan untuk setiap hamba-Nya, merasa ragu terhadap Allah dan sebagainya.

Maka wajib bagi kita mempelajari kedua-dua jenis maksiat ini bagi mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke lembah hina tersebut.

Kemalasan dan kejahilan kita untuk mengenal agama yang kita anuti, akan menyebabkan kita berada terus berada dalam keadaan lalai dan hanyut tanpa sedar.

Lebih malang, di akhirat kelak, kita ditahan masuk syurga Allah akibat dosa dan maksiat yang kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari.

Lihatlah seperti apa yang berlaku pada hari ini. Umat Islam ditimpa musibah apabila terdapat golongan yang berani mempersendakan agama mereka dan merobek hak mutlak Allah.

Nama Allah yang teragung dipermainkan-mainkan oleh penganut agama lain sehingga Lafz al-Jalalah (kalimah teragung) digunakan dan diberikan kepada sembahan yang batil.

Lantaran kejahilan ilmu dan kedangkalan jiwa yang tidak pernah dirawat, ramai umat Islam yang terpedaya dan tidak merasa sensitif apabila maruah dan kehormatan agama mereka dipersenda.

Lantaran kedangkalan hati juga, kita mengambil tindakan yang salah untuk menangani isu ini yang akhirnya mengundang kerugian dan keruntuhan kepada umat Islam sendiri. Kita pohon perlindungan Allah daripadanya.


SUMBER : JAWHAR  


Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger