Thursday, March 20, 2014

MH370 : Hishammuddin jawab dakwaan lima 'airport haram'

8:18 AM No Comments

SEPANG - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan lima lapangan terbang haram yang terdapat dalam program simulasi milik juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah ada hubungkait dengan kehilangan MH370.

"Tidak timbul isu sebegini dalam siasatan MH370, pihak polis sepatutnya sudah boleh mendedahkan perkara ini kepada umum bagi mengelakkan kecelaruan dan percanggahan pendapat oleh mana-mana pihak," katanya pada sidang media di Hotel Sama-sama di sini, semalam.

Pada 16 Mac lalu, pihak polis telah menyerbu rumah Zaharie selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengesahan pesawat itu menukar haluannya dengan sengaja.

Pihak polis memeriksa program simulasi milik juruterbang itu untuk menyiasat dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang koordinasi penerbangan beliau.

Semalam, media tempatan melaporkan, hasil pemeriksaan polis mendapati, terdapat lima lapangan terbang terbiar berada dalam latihan simulator juruterbang terbabit.

Tambah Hishammuddin, "adalah perkara biasa bagi seorang juruterbang memiliki program simulasi di rumah, tak perlu buat sebarang andaian tidak berasas.

"Ia hanya akan memburukkan keadaan," katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


MH370 : Tiga jenis permainan dipadam dari simulator

8:14 AM No Comments

SEPANG - Maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadamkan pada 3 Februari lepas.

"Tiga jenis permainan dalam simulator itu adalah 'flight simulator X', 'flight simulator 9' dan 'X flight 10'," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terbaharu operasi mencari dan menyelamat MH370 di sini hari ini.

Sidang media itu dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa, dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


MH370 : Keluarga penumpang dari China buat kecoh

8:11 AM No Comments

SEPANG - Keadaan di Hotel Sama - Sama kecoh seketika apabila sekumpulan ahli keluarga penumpang dari China menyerbu bilik sidang media dengan membawa kain rentang yang tertulis "Kerajaan Malaysia sembunyikan kebenaran".

Suasana menjadi tidak terkawal apabila wartawan luar negara menyerbu ahli keluarga terbabit.

Salah seorang ahli keluarga mula menangis dan menjerit menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara kerajaan Malaysia menangani masalah kehilangan pesawat MH370.

"Tolong beritahu di mana anak saya, ke mana dia pergi," kata seorang wanita warga China dalam bahasa Mandarin.

Seramai 153 penumpang China yang menaiki penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Menyedari keadaan itu, pihak berkuasa meminta ahli keluarga berkenaan bersurai dan keluar daripada bilik sidang media.

Kumpulan tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa dan terus membuat kecoh di lobi hotel berkenaan.

Kejadian yang berlaku kurang setengah jam sebelum sidang media rasmi berlangsung.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


MH370 : Penganalisis percaya MH370 telah mendarat

8:08 AM No Comments

KUALA LUMPUR - Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.

Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata, berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan.

Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.

"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan," katanya kepada Bernama.   

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.

Ia telah didedahkan sebelum ini bahawa seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut data satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.

Pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut dan memasuki sama ada koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; atau koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia .

Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.

Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Gambar enam kanak-kanak jadi tanda tanya

8:05 AM No Comments

MUADZAM SHAH – Sekeping gambar yang ditemui bersama seorang lelaki yang maut dilanggar bas ekspres di di kilometer 144 Jalan Kuantan – Segamat pada 9 Mac yang lalu menimbulkan persoalan kepada pihak berkuasa.

Akibat tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika keluar bersendirian, sehingga menyukarkan pihak polis untuk mencari atau menghubungi waris kerana ketika kejadian hanya sekeping gambar enam kanak-kanak berkenaan yang ada dalam simpanan mangsa.

Walau bagaimanapun jenazah telah diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jaya memberitahu, ketika kejadian menimpa lelaki malang tersebut, bas ekspres datang dari arah Segamat menuju ke Kuantan dengan 12 orang penumpang.

“Punca kemalangan dipercayai, mangsa berjalan kaki di tengah jalan di laluan bas. Cuaca berkabus tebal serta gelap dan pemandu bas tidak nampak mangsa.

“Mangsa tercampak danjatuh ke dalam longkang. Mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa kurang siuman.

“Mangsa memakai baju kemeja lengan panjang warna merah berpetak dengan seluar panjang warna hitam. Ada tasbih di leher mangsa dan dua helai kain pelekat lusuh dibalut di dada,” katanya.

Kepada sesiapa yang kehilangan waris seperti yang digambarkan atau mengenali kanak-kanak yang terdapat dalam gambar diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sub Inspektor Md Noor Othman di talian 019-9122011 atau Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, 09-4145222.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger