Friday, February 14, 2014

Seribu Coretan : Aku & Blog

10:42 PM No Comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. "Seribu Coretan" kalian semua nak tahu kenapa tajuk entri ini seribu coretan? Untuk pengetahuan semua ini adalah entri ke seribu saya sepanjang 3 tahun lebih dalam dunia Blogger. Alhamdulillah, bertahan sehingga kini walaupun Blog saya ini jarang di kunjungi pembaca. Tetapi saya bersyukur kerana masih ada pembaca dan para Blogger yang sokong aktiviti berblog saya ini.

Alhamdulillah 1000 Posts 


Bersempena Entri yang ke -1000 ini, saya akan cerita sedikit sebanyak mengenai pertubuhan Blog ini. Entri pertama saya bertajuk "Terimalah" saya copy + paste dari mana saya tak tahu, mula-mula dulu tak tahu kalau ambil bahan rujukan dari mana-mana sumber perlu letak "rujukan" supaya kita tidak boleh di tuduh meniru "menciplak" bahan orang lain. Baik, itu pengajaran pertama yang saya belajar dan saya praktikan sehingga kini.

Nama Blog ini " Tiada Kepalsuan", kenapa tiada kepalsuan, bukan saya nak cakap semua entri dalam Blog saya ini fakta belaka. Nama "Tiada kepalsuan" di ambil bersempena dengan sebuah lagu dari aiman yang bertajuk tiada kepalsuan, saya merasakan tajuk lagu yang unik, oleh itu saya bercadang untuk meletakan nama blog saya "Tiada Kepalsuan". Sehingga kini saya menggunakan tajuk ini dan tidak bercadang untuk menukarnya.

Blog saya sebenarnya bermula pada  25 November 2010 sehingga Hari ini 14 Februari 2014, kira sendiri, lebih kurang 3 Tahun lebih. Tempoh yang saya rasakan agak lama. Dalam Tempoh itu, memang macam-macam cabaran yang saya dapat.Sebenarnya saya suka post Blog saya dalam group-group Blogger, dan Group lain. Di sebabkan hal itu, ramai juga yang tidak suka dengan cara saya itu. Ada di antara mereka yang menyuruh saya "Unfriend", tapi saya tak kisah semua itu ramai lagi yang nak berkawan dengan saya. Selain itu ada juga admin dari group yang saya post itu "Blocked" saya, Saya tidak boleh marah itu hak mereka. Ada  juga yang suka mengkritik tajuk blog, entri yang saya. Kadang-kadang mereka tidak membaca entri tetapi hanya membaca tajuk dan terus mengkritik ini salah, itu salah. Memang tidak di nafikan kebanyakan entri yang ada dalam blog ini saya ambil dari sumber-sumber yang di percayai. Sebenarnya saya hanya mahu berkongsi cerita. Tak salah kan ?.

Sebenarnya banyak entri dari blog saya, saya ambil dari artikel-artikel, surat khabar dan lain-lain sumber yang boleh di percayai. Saya tidak mampu untuk tulis 100% dari idea saya sendiri. Tidak salah rasanya untuk saya berkongsi artikel dari sumber-sumber yang di percayai sekaligus saya telah mempromosikan webpage yang saya jadikan sumber itu.

Kalau saya nak ceritakan cabaran dan pengalaman dalam tempoh saya berblog ini memang banyak. Tapi cukuplah sekadar serpihan pengalaman saya luahkan. Tidak mampu dan bercadang untuk bercerita lebih banyak. Cukuplah sekadar sedikit sebanyak pengalaman sepanjang penglibatan saya dalam dunia blogger ini. 



Sekarang saya nak cerita 10 Entri terbaik sepanjang 3 Tahun saya berada dalam dunia "Blogger" :- 

1. Isteri Curang, menjalin hubungan sulit dengan suami orang. Untuk ke entri : Klik Sini

2. Doa Tenangkan Hati yang sedih, Berdebar & Gundah. Untuk ke entri Klik Sini

3. Biodata : Khairul Fahmi Che Mat. Untuk ke entri Klik Sini

4.Tarikh Pembayaran BRIM 3.0 (2014) | Permohonan BRIM 3.0 (2014) | Cara Pembayaran BRIM 3.0 (2014) Untuk ke entri Klik Sini

5. MDS UiTM Kedah Sesi JUN-OKTOBER 2012. Untuk ke entri Klik Sini

6. Biodata : Wan Zack Haikal. Untuk ke entri Klik Sini

7. Hanya Aku Cinta Kau Seorang : FULL MOVIE 2012. Untuk ke entri Klik Sini

8. Jata-jata Negeri di Malaysia.Untuk ke entri Klik Sini

9. Fizo Omar dulu pemain Bola Sepak Profesional : Biodata, Karier. Untuk ke entri Klik Sini

10. Biodata Safiq Rahim : Pemain Kebangsaan Malaysia. Untuk ke entri Klik Sini


Akhir Kata sekali, Terima Kasih kepada semua pembaca, pelawat blog saya yang tak sebeberapa ini. Semoga dengan sokongan kalian semua memberi semangat untuk saya dalam meneruskan minat untuk terus berada dalam dunia Blogger ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Akhir kata " Majulah Blogger, Untuk Negara" 

Gambar di edit oleh : Amelia Natasha Abdul Latiff. Untuk ke Blog beliau  Klik Sini


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger