Thursday, September 3, 2015

Kelar, potong tangan isteri kerana cemburu‎

2:43 PM No Comments

SHANGHAI - CHINA. Seorang lelaki bertindak mengelar tangan serta memotong jari isterinya dengan sebilah parang selepas cemburu dan menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Qing, 29, dimasukkan ke Hospital di daerah Changning, pada Ahad dengan pergelangan tangan kirinya cedera dikelar dan jarinya putus.

Qing berkata, dia tinggal berasingan dengan suaminya kerana bekerja di luar daerah sejak Januari lalu dan suaminya itu yang dikenali sebangai Chen, sentiasa menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Malah suaminya itu turut menghantar mesej mengugut untuk mencederakannya sehingga hilang upaya supaya tiada lelaki lain akan mendekatinya selepas ini.

Sebelum ini, wanita berkenaan ingin menuntut cerai namun atas nasihat beberapa rakannya yang memintanya untuk bersabar demi kebaikan anak tunggalnya berusia 3 tahun yang tinggal bersama keluarga suami, dia terpaksa melupakan hasratnya.

Wanita berkenaan mendakwa, suaminya menculiknya dari kilang tempat dia bekerja di Suzhou dan membawanya ke sebuah apartment di Pudong, Shanghai.

Memetik laporan Shanghai Daily, berlaku pertengkaran di antara mereka dan suaminya itu bertindak mengelar pergelangan tangan kiri isterinya serta memotong beberapa jari wanita itu.

Doktor cuba untuk menyambung semua jari wanita itu, namun tidak berjaya.

Read More...


Lepas dipecat, Anina luah perasaan melalui puisi

2:14 PM No Comments

SHAH ALAM - Ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi yang dipecat, Anina Saadudin bersumpah akan mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

Melalui sebuah puisi yang dikongsi di Facebook, Anina menyatakan hasrat beliau untuk terus berjuang.

"Bukanku minta lahir ke dunia, bukanku minta menjadi Melayu, bukanku minta menjadi rakyat bumi Malaysia. Kasihku pasak untuk bumi tercinta, demi ALLAH yang mentakdirkan aku menjadi anak Melayu, anak Malaysia…"

"Selagi hidupku ditentukan ALLAH untuk bernyawa, selagi itu aku berjuang untuk tanahair tercinta. Sumpah setiaku sebagai rakyat dan imanku sebagai umatNYA, bergadai nyawa tetap aku pertahankan maruah agama, bangsa dan negaraku," katanya hari ini.

Anina sebelum ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno menjelaskan secara terperinci derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Beliau bagaimanapun dipecat daripada parti melalui sebuah kenyataan, semalam.

Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger