Betong: Sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan
polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit,
kira-kira jam 4 petang tadi.
Menurut sumber, polis datang ke ladang itu untuk memberi
bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk, tetapi sebaik
tiba mereka menyerang polis.
Bagaimanapun, dipercayai dalam kejadian itu, seorang polis
dari balai berkenaan dipercayai tertembak mati seorang pekerja warga asing
untuk mempertahankan diri.
Difahamkan, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa
rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan
mengenai kejadian itu.
Difahamkan, sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA)
digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon
ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih
menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment