JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara
Kejohanan Badminton Seluruh England 2014 selepas menewaskan Chen Long dari
China pada perlawanan final di National Indoor Arena, Birmingham, England, awal
pagi tadi.
Corak permainan Chong Wei yang agresif pada set pertama
membawa hasil apabila menang 21-13.
Namun, Chen Long memberi saingan yang lebih hebat pada set
kedua sebelum tewas 18-21 dalam masa 59 minit.
Kemenangan ini merupakan yang ketiga bagi Chong Wei.
Sumber : http://www.hmetro.com.my