Sunday, February 16, 2014

Pemuda PBB cadang institut pemikiran Abdul Taib

7:21 PM No Comments


KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) mencadangkan penubuhan Institut Pemikiran Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai penghargaan kepada jasa Ketua Menteri itu membangunkan Sarawak menjadi negeri yang makmur selama 33 tahun memerintah.

Ketuanya, Datuk Fadillah Yusof, berkata institut itu boleh berperanan sebagai pusat rujukan dan latihan kepemimpinan untuk rakyat memahami pemikiran beliau yang berjaya mentransformasikan Sarawak daripada negeri yang ketinggalan dalam bidang ekonomi kepada antara yang terkaya di Malaysia.

"Ini penting kerana beliau bukan saja pembuat dasar yang baik tetapi seorang yang dapat menterjemahkan kepada tindakan yang sudah dapat lihat kejayaannya pada hari ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO Pemuda PBB di sini, sebentar tadi.

Fadillah berkata, Pemuda PBB juga menyokong keputusan Abdul Taib untuk melepaskan jawatan serta pemilihan Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti beliau.

Katanya, Pemuda PBB juga berikrar akan berusaha keras memastikan perpaduan parti dan keharmonian rakyat Sarawak kekal kukuh di bawah kepemimpinan baharu.

Menjawab soalan, Fadillah berkata Pemuda PBB sentiasa bersedia membantu parti memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undnagan Negeri (DUN) Balingian jika ia diadakan.

Mengenai kebakaran di Hospital Umum Sarawak semalam, Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, siasatan akan dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Jabatan Kerja Raya (JKR)Sarawak bagi mengetahui punca kejadian, tahap kerosakan dan nilai kerugian untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger