Sunday, August 28, 2011

Jumlah kematian menurun pada hari kelima Ops Sikap

12:12 PM No Comments




KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada hari kelima Ops Sikap-24 semalam menurun berbanding Jumaat dengan mencatat 17 kematian, walaupun jumlah kenderaan bertambah di kebanyakan jalan-jalan utama di seluruh negara. 

Menurut Polis Bukit Aman dalam laman webnya, rekod kematian berikutan kemalangan jalan raya semalam hanya 17 orang berbanding 24 orang pada Jumaat.
Daripada jumlah itu, penunggang motosikal mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 11 kematian dan masing-masing tiga kematian membabitkan pengguna kereta dan pejalan kaki.
Menurut kenyataan itu, tujuh kes kematian dicatat di jalan persekutuan, manakala jalan bandaran merekodkan enam kematian diikuti dengan satu kematian masing-masing di jalan negeri dan lain-lain jalan.

Sementara itu, sebanyak 9,108 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam.

Ops Sikap yang dilancarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin lepas bertujuan menyedarkan orang ramai mengenai pemanduan berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan akan berakhir 6 September ini. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online
Read More...


Kutuk di Facebook undang padah : Lelaki maut dibelasah abang kenalan wanita

10:28 AM No Comments








Assalamualaikum.... wah.... dgr tajuk pon x best dah... facebook merupakan laman sosial yg popular gunalahia unutk kebaikan .... so napa sampai bergaduh ?  gaduh sampai mati la... dalam kes ni,,,, yg di baca di berita  harian, berpunca dari kutuk mngutuk hal keluarga... hihs3x... ingtan kepada pengguna facebook , sblm nak post apa2x tu fikir dlu... kita semua ada akal yg di kurniakan allah , guna la ia sebaiknya , untuk kebaikan bersama...



Ingatan kepada pengguna facebook :

  • Jgn kutuk mngutuk hal peribadi kerana ia isu sensitif

  • Jgn mempermainkan maruah  org dlm fb, boleh menaikan marah org



Oleh itu , berfikir sebelum bertindak.. nak baca lebih  KLIK SINI 







Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger