RIYADH - ARAB SAUDI. Sekurang-kurangnya dua maut dan puluhan
yang lain cedera apabila hujan lebat melanda Makkah dan Hail, kelmarin.
Memetik laporan Arab News, banjir itu juga menyebabkan
ratusan kenderaan rosak dan ribuan jemaah umrah terkandas di Masjidil Haram
selepas solat Maghrib hingga tengah malam.
Jurucakap Pertahanan Awam Hail Nafea Alyan Al-Makhalaf
berkata, beberapa kenderaan terbalik ketika cuba menyeberangi Al- Khafj Valley
dengan seorang daripada maut akibat
lepas selepas terperangkap di dalam kenderaan tersebut.
Di Makkah, jurucakap Pertahanan Awam Saleh Al- Alyani
melaporkan seorang warga Afrika terbunuh di daerah Mansour apabila dihempap
pokok.
“Bilik operasi menerima 1,356 panggilan kecemasan selepas
sebuah bilik operasi khas ditubuhkan untuk memantau keadaan dan menyelaras
bantuan serta melakukan usaha menyelamat termasuk di kawasan Sharayah,
Aziziyah, Misfalah dan Otaibiah ,” katanya.
Menurutnya, sebanyak 23 helikopter 23 dan 16 pasukan
penyelamat dikerah untuk operasi kecemasan.
“Kami berada dalam keadaan siap siaga terutama ketika jemaah
umrah melakukan Tawaf dalam hujan lebat dan petir,” katanya.
Beliau berkata, Lebuh Raya Jeddah-Makkah ditutup sementara
waktu akibat banjir dan Lebuh Raya ke Riyadh berhampiran Gunung Hada juga
ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Seorang petugas di Masjidil Haram berkata, kawasan King
Abdulaziz Gate yang sebelum ini popular sebagai tempat berehat untuk jemaah
kelihatan kosong.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my