Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabatku semua. Hari ini saya nak buat entri penghargaan untuk sahabat saya Manan Qayyim kerana telah bertanggungjawab dalam mengubah-suai blog saya. Terima Kasih. Jom kenali manan. Entri tentang manan ini saya "curi" dari blog manan sendiri. Klik sini untuk terus ke Blog Manan Qayyim.
Aku dikenali dengan gelaran Manan Qayyim di alam maya.
Dibesarkan dalam negeri yang terkaya di Malaysia iaitu Selangor. Dilahirkan di
Hospital Besar Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan awal di SK Taman Tasik dan SRA
Taman Tasik, Kemudian diperingkat menengah di SAM Hulu Langat. Tamat tingkatan
3 mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM
Merbok & MRSM Pontian). Walaupun tidak berapa minat dalam aliran Sains, aku
tetap menerimanya atas pemintaan Emak
aku. Aku bersyukur juga, di MRSM aku dapat menambah satu subjek tambahan yang
aku minat iaitu Prinsip Perakaunan.
Setelah tamat tingkatan 5 (SPM) aku menerima tawaran untuk
sambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kedah dalam
jurusan Diploma Perakaunan. Alhamdulillah sem pertama aku mendapat keputusan
yang memuaskan. Masuk sem 2, aku diuji dengan satu penyakit yang jarang dialami
masyarakat Malaysia, iaitu Writer’s Cramp (a.k.a. focal dystonia), penyakit berkaitan
saraf. Keputusan sem 2 aku jatuh teruk. Pengajian aku terganggu selama beberapa
sem, 3 kali tidak menduduki pepereksaan. Sekembali aku ke UiTM Kedah untuk
meneruskan pengajian, pihak pentadbiran (HEA) dan para pensyarah banyak
membantu dalam urusan akademik aku, terutamanya Dr. Roshima, Dr. Mahathir dan
En. Nizam. Aku diberi kemudahan untuk menjawab pepereksaan dengan mengunakan
komputer riba. Sem 3 aku dapat ditamatkan walaupun sukar untuk belajar akaun
mengunakan komputer riba. Semangat untuk meneruskan pengajian ini semakin
luntur.
Mak dan ayah aku memohon daripada pihak UiTM untuk
menukarkan aku ke cawangan yang lebih dekat dengan mereka, sekitar kawasan
Selangor. Tetapi gagal disebabkan masalah pengurusan. Pemohonan kedua dilakukan
untuk bertukar ke Kolej Bersekutu UiTM (Institut Profesional Baitulmal). Kali
ini aku sering lakukan follow-up daripada pihak UiTM. Syukur, permohonan
diluluskan.Kini aku disini, meneruskan usaha mengapai cita-cita ku dan
harapan ibunda ayahda tercinta.
Aku & Blog
Penglibatan aku dan blog sejak 2009 lagi. Ketika duduk satu
bilik dengan budak Sains Komputer. Nama dia Bro Maha. Dia banyak mengajar aku
tentang design dan blog. Pada 2010 aku membeli domain dot com ini. Pada ketika
itu juga macam-macam ingin aku kongsikan di blog. Maka jadilah blog ROJAK,
tidak fokus pada bidang tertentu.Oleh itu, pada 1 Syawal ini bersamaan 8 Ogos 2013 aku telah
menetapkan beberapa bidang atau topik ingin aku kupaskan dalam blog ini.
Antaranya ; berkenaan penyakit aku - writer’s cramp, inspirasi, kewangan,
perakaunan, dan bisnes.
Sumber : http://mananqayyim.com/