Thursday, November 13, 2014

Isu nombor plat: Rakyat Malaysia terlampau kreatif

1:12 PM No Comments

PUTRAJAYA – “Rakyat Malaysia terlalu kreatif dalam mereka cipta bentuk dan saiz huruf serta angka yang terdapat pada nombor pendaftaran kenderaan masing-masing, ia sebenarnya boleh mendatangkan kekeliruan terhadap nombor dan angka yang tertera di nombor pendaftaran kenderaan itu,” ujar Pengarah Bahagian Korporat dan Penyelidikan JPJ, Wan Ramli Wan Daud.

Ukuran spesifikasi bagi nombor pendaftaran kenderaan dan bukan bertujuan untuk ‘mendera’ rakyat dan pengguna jalan raya, ia bertujuan untuk memudahkan orang ramai dan pihak berkuasa supaya tidak keliru dengan nombor plat kenderaan jika dilihat dengan jarak tertentu

“Misalnya, jika berlaku kes kemalangan yang melibatkan langgar lari, mudah bagi saksi dan orang ramai untuk mengecam nombor plat kenderaan pelaku. Ia juga boleh mempercepatkan proses keadilan,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau ditemui ketika sesi penyerahan memorandum bantahan terhadap operasi bersepadu cermin gelap, nombor pendaftaran kenderaan, strobe light dan HID oleh Pemuda Pas yang diketuai Suhaizan Kaiat dan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Mohd Nasaie Ismail.

Tegas beliau lagi, pihaknya hanya menjalankan tugas dengan cara menguatkuasakan undang-undang dan akta yang diperuntukkan kerajaan terhadap pengguna jalan raya.

“Dari segi operasi hingga ke penguatkuasaan undang-undang, memang kami akan ikut Akta Pengangkutan Jalan yang dilulus oleh kerajaan.
“Kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang dibahas di Parlimen sebelum ini dan kami hanya menjalankan tugas kami,” jelasnya lagi.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger