Sunday, February 16, 2014

Emma Maembong dirundung kontroversi : Bercumbu dengan Zizan ?

10:42 PM No Comments

Pelakon jelita, Emma Maembong bagaikan tidak hentihenti dirundung kontroversi. Selepas didakwa bercumbu dengan kekasihnya yang juga pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak, dalam penerbangan mereka ke Amerika Syarikat, dia pula dikatakan ada masalah disiplin dek dakwaan dirinya menarik diri daripada syarikat pengurusannya, Wire Fame Entertainment (WEF).

Sebelum ini, dia didakwa mungkir janji dengan sebuah syarikat pengeluar produk kesihatan apabila menarik diri tanpa alasan. Ada yang mendakwa jiran kepada Zizan, menghantar emel kepada sebuah portal hiburan, mengatakan dua pelakon itu dikatakan bersekedudukan.

Sebelum ini, Emma dikatakan sukar memberi kerjasama kepada produksi dan pihak media massa. Mana tidaknya hampir dua minggu penulis mencari dan menghubungi Emma dan penolong peribadinya, namun usaha itu gagal. Apa sebenarnya masalah Emma?

B*POP menemui Emma ketika majlis post party Anugerah MeleTOP ERA, Sabtu minggu lalu. Pelakon yang memiliki nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 22, ini menjawab segala persoalan.

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger