Maksudnya: “Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti kufur, dan sesiapa yang tidak bersyukur sedikit nescaya dia tidak bersyukur banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak bersyukur kepada Allah.”
Bersyukur adalah suatu tindakbalas yang baik, samada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih.
Syeikh Muhammad A’bduh membuat takrif syukur sebagai berikut:
Dan tidak dikatakan bersyukur kecuali jika seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat- nikmat itu dalam hal-hal untuk apa nikmat itu diberikan.
Jadi tidak cukup bersyukur itu dengan membaca atau mengucapkan lafaz الحمد للهdan شكر الله sahaja. Erti bersyukur yang sebenarnya ialah meliputi lisan, hati, dan anggota badan.
Bagaimanakah caranya kita bersyukur kepada Allah s.w.t. ? bersyukur kepada Allah s.w.t. ialah dengan mengekalkan baik sangka terhadap Allah s.w.t. dan meletakkan keyakinan kepada-Nya dalam apa jua keadaan. Perkataan yang terlafaz dari mulut kita tentang Allah s.w.t. hanyalah kata-kata pujian, sanjungan dan pujaan. Justeru hanya Allah s.w.t . yang layak menerima kata-kata seperti itu. Tidak seharusnya terlafaz daripada diri kita perasaan benci, kecewa , buruk sangka dan perasaan seumpama itu terhadap Allah s.w.t.
Baginda membanyakkan ibadat sebagai amalan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Oleh itu, melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-Nya, adalah pernyataan kesyukuran yang paling utama. Ini diikuti dengan mengerjakan amalan-amalan sunat bagi menyempurnakan kesyukuran itu.
Tanda bersyukur dalam perkhidmatan ialah dengan menjadikan khidmat kepada Negara dan orang ramai sebagai ibadah. Tugas yang dijalankan sama ada di sektor awam dan swasta, bukan semata-mata untuk mencari nafkah, tetapi lebih daripada itu.
Selain daripada bertujuan mencari nafkah, ia juga hendaklah memenuhi tuntutan ibadah iaitu mencari nafkah untuk diri dan keluarga bagi memenuhi kewajipan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Jika ini menjadi matlamat, maka nafkah yang diperolehi mestilah nafkah yang halal, kerana tujuannya ialah untuk menunaikan kewajipan yang ditentukan Allah s.w.t terhadap diri dan keluarga. Demikian juga gaji dan elaun yang diterima hendaklah bersih daripada sesuatu yang haram, seperti rasuah, tuntutan berlebihan daripada sepatutnya dan sebagainya.
Tujuan seseorang diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera kerajaan atau swasta supaya dia dapat memberikan khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan serta kemakmuran negara. Justeru itu, khidmat kakitangan awam atau pekerja bukanlah sekadar mencari nafkah sahaja, sebaliknya ia hendaklah menjadi saluran untuk mendapatkan pahala yang besar, jika dilaksanakan dengan niat.
Berkhidmat pada orang ramai, berusaha memberikan kebaikan dan kemudahan kepada rakyat, membasmi kemiskinan dan sebagainya, menjadi ibadah jika dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Oleh sebab keredhaan Allah s.w.t. itu tidak terbatas, tidak luput dan tidak akan habis, manusia boleh memberikan khidmat sebanyak mungkin bagi mendapatkan keredhaan itu. Dengan bekerja dan berkhidmat sebagai ibadah seseorang akan merasai kepuasan daripada kerjanya, mencintai kerjanya dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Hasilnya, produktiviti bertambah dan nikmat Allah s.w.t. akan mencurah- curah.
Bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t. dan jadikanlah perkhidmatan kita satu ibadah yang pahalanya akan berterusan....
Wallahu a'lam...

SUMBER : http://pusatdakwahkedah.blogspot.com