Wednesday, March 5, 2014

Lokasi anggota polis diserang digempur malam tadi

9:17 PM No Comments


KLANG: Lokasi kejadian dua polis peronda diserang, digempur malam tadi, dalam satu Ops Cantas Bersepadu Khas bagi mengesan pendatang tanpa izin yang tiada dokumen yang sah.

Dalam operasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Goh Lee Fook, seramai 38 warga asing berjaya ditahan, masing-masing 24 warga Indonesia; tujuh warga Myanmar; enam warga Nepal dan seorang Thailand.

Sebanyak tujuh sekatan jalan raya dilakukan di Taman Sentosa, bermula jam 10 malam dan berakhir kira-kira jam 12 tengah malam.

Lee Fook berkata, Ops Cantas Bersepadu Khas itu akan diteruskan malam ini.

Semalam, seorang anggota peronda, Koperal Raja Aizam Raja Mohid, 55, meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas diserang dua lelaki dipercayai warga Indonesia ketika membuat pemeriksaan terhadap suspek dan tiga wanita lagi.

Rakan setugasnya, Koperal Mohd Aidil Mustaffa, 29, cedera parah dalam kejadian itu dan masih dirawat di hospital sama.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Harimau resah, Yaman yakin

9:14 PM No Comments


'Tak boleh pandang rendah pemain B-22 mereka'

Al Ain: Yaman dijangka hanya menurunkan majoriti pemain dari skuad B-22 mereka untuk aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2015, malam ini.

Namun, itu tidak membuatkan pemangku jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mampu tersenyum lega sebaliknya pengendali berusia 44 tahun itu bimbang situasi berkenaan hanya akan membuatkan pemainnya bersikap ambil mudah.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Eksklusif: 50 stesen subahat seludup diesel

9:10 PM No Comments


Sindiket kaut untung RM1.2 juta dalam tempoh empat bulan

Kuala Lumpur: Lebih 50 stesen minyak di Lembah Klang, dipercayai bersekongkol dengan sindiket seludup diesel dan mengaut keuntungan RM1.2 juta dalam tempoh empat bulan operasi.

Kegiatan yang meraih keuntungan RM300,000 sebulan itu terbongkar hasil serbuan pihak berkuasa di satu pusat penyimpanan di Jalan Bangi menghala Semenyih, di sini, semalam.

Kegiatan sindiket terbabit dikesan penduduk sekitar Kajang, Semenyih dan Bangi selepas mendapati kebanyakan stesen minyak sentiasa kehabisan diesel.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Status halal 1.3 juta ayam sembelihan diragui

9:03 PM No Comments

Susulan pembongkaran BH: 4 agensi Pusat, negeri ambil tindakan serta-merta tangani isu syubhah

Kuala Lumpur: Kira-kira 80 peratus atau 1.3 juta ekor ayam yang disembelih setiap hari di hampir 2,000 pusat penyembelihan ayam di seluruh negara diragui status halalnya.

Ini diakui sendiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana kebanyakan premis itu tidak berlesen atau dipantau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Hanya 300,000 ekor ayam sehari (20 peratus) yang disembelih di 23 loji penyembelihan berskala besar yang dipantau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dijamin halal serta mendapat akreditasi Veterinary Health Mark (VHM) dan Good Veterinary Hygiene Practices (GVHP).

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger