Sunday, February 16, 2014

Jepun cipta pengesan organik dalam lampin

10:32 PM No Comments

Tokyo: Pengesan organik pakai buang yang boleh dimasukkan ke dalam lampin dan secara tanpa wayar membolehkan penjaga mengetahui sudah tiba masanya ia perlu ditukar didedahkan oleh penyelidik Jepun baru-baru ini.

Litar bersepadu fleksibel dicetak atas filem plastik tunggal memindahkan maklumat dan menerima kuasanya secara tanpa wayar dan berpotensi dihasilkan untuk bayaran cuma beberapa yen.

Sistem berkenaan, yang menggunakan bahan organik boleh dicetak dengan teknologi inkjet, dibangunkan oleh sepasukan diketuai Profesor Takayasu Sakurai dan Takao Someya di Universiti Tokyo.

Bertukar warna jika basah

Selain digunakan dalam lampin bayi, teknologi itu juga boleh digunakan pada lampin dewasa, yang laris di Jepun berikutan ramai warga tua.

Lampin biasa bertukar warna untuk menunjukkan ia basah tetapi penjaga masih perlu menanggalkan pakaian pemakai untuk memastikan keadaan itu.

“Jika pengesanan dilakukan secara elektronik, anda dapat memberitahu dengan mudah dengan mendekati pemakai tanpa perlu menanggalkan pakaian mereka,” kata Someya.

Teknologi juga boleh diletakkan secara langsung pada kulit seperti plaster, di bahagian peranti berbentuk gelang yang kerap digunakan di hospital untuk memantau nadi dan paras oksigen darah, katanya.

Guna filem plastik

Pengesan penjagaan kesihatan menggunakan silikon dan bahan tegas lain yang boleh menyebabkan pengguna tidak selesa.

Fleksibiliti kepingan filem plastik mengurangkan ketidakselesaan kepada pemakai dan bermakna ia boleh digunakan untuk bilangan lebih besar - menawarkan potensi lebih baik kepada doktor atau penjaga untuk memantau keselesaan.

“Sistem prototaip yang dibangunkan mampu memantau kebasahan, tekanan, suhu dan fenomena lain yang menyebabkan perubahan dalam rintangan elektrikal,” kata Someya.-AGENSI

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger