Thursday, February 27, 2014

Syarat dan Kelayakan Memohon Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) | PERBADANAN PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PRIMA)

9:26 PM No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mari Mohon PRIMA sebelum itu semak dulu Syarat Permohonan. 

Syarat Permohonan
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia. •
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah. 
  • Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Nota:
  • Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
  • Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
  • Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
  • Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.

 Sila Layari http://www.pr1ma.my untuk maklumat Lanjut 
Read More...


Permohonan PR1MA rumah rakyat 1Malaysia secara Online | PERBADANAN PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PRIMA)

9:15 PM No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mesti ramai yang tahu tentang PRIMA dan mungkin ramai lagi yang belum tahu. Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012.

Ia menggantikan sistem manual secara pos yang digunakan sebelum ini dan boleh diakses selepas dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Pulau Pinang.

Sistem pendaftaran yang bertujuan mengumpul data utama pemohon itu juga bertujuan mendapat maklumat mengenai permintaan rumah masa kini sesuai dengan kumpulan sasar yang rata-rata mempunyai kemudahan internet.

Cara Memohon

Layari laman web rasmi PR1MA Berhad di url berikut

http://www.pr1ma.my

Read More...


Kelantan kalah perlawanan pembukaan Piala AFC 2014 | Piala AFC 2014

8:43 PM No Comments

KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan bermula dengan langkah sumbang selepas kalah 3-5 kepada wakil Myanmar, Yangon United pada aksi pembukaan kumpulan G, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Thuwunna, Yangon, hari ini.

Ketiadaan beberapa pemain import termasuk Mohamed Ghaddar dan Mohamed Shawky yang dilanda kecederaan, nyata memberi kesan kepada skuad 'The Red Warriors' pada perlawanan berkenaan selepas pengendali mereka, Steve Darby hanya menurunkan Obinna Nwaneri di barisan pertahanan.

Kyaw Ko Ko muncul wira pasukan tuan rumah selepas meledak jaringan hatrik pada minit ke-28, 52 dan 89 manakala dua lagi gol disumbangkan penyerang dari Brazil, Emerson Reis Luiz pada minit kelapan dan 45, demikian menurut laman web AFC;www.the-afc.com.

Tiga gol Kelantan dijaringkan oleh Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-47 dan kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi (minit ke-63 dan 94).

Terdahulu, mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas penyerang, Ahmad Shakir Mohd Ali dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Lee Min Hu dari Korea Selatan kerana melakukan kekasaran ke atas pemain lawan.

Dalam satu lagi perlawanan, pasukan South China dari Hong Kong gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri selepas kalah 1-3 kepada kelab dari Vietnam, XM Vissai Ninh Binh di Stadium Hong Kong.

Pada aksi kedua kumpulan 12 Mac ini, Kelantan akan melayan kunjungan South China di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu manakala XM Vissai Ninh Binh berdepan Yangon United di Stadium Ninh Binh. - BERNAMA

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Sultan Brunei murka kritikan media sosial

8:39 PM No Comments

Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menyuarakan kemurkaan dan mengarahkan pengguna media sosial berhenti mengkritik rancangan beliau untuk memperkenalkan undang-undang syariah di negara itu.

Hassanal, salah seorang individu terkaya dunia pada, Oktober lalu mengumumkan bahawa Brunei akan melaksanakan undang-undang syariah seperti sebatan, pemotongan anggota badan serta hukuman rejam sampai mati mulai 1 April ini.

Tindakan cetus kritikan

Tindakan itu mencetuskan kritikan daripada media sosial, satu-satunya kaedah rungutan awam membabitkan pihak berkuasa negara itu dengan tindakan mempersoalkan Sultan dielakkan.

Dalam titah ucapan hujung minggu lalu, Hassanal memberi amaran keras kepada pengkritik beliau.

“Mereka tidak boleh dibenarkan melakukan penghinaan ini tetapi jika ada elemen yang membolehkan mereka dibawa ke mahkamah, mereka akan menjadi yang pertama merasai pelaksanaan Perintah Kanun Keseksaan Syariah pada April,” katanya menurut salinan ucapan yang diterbitkan media kerajaan.

Beliau tidak memperincikan bagaimana pengguna media sosial boleh didakwa di bawah undang-undang Islam itu. Sultan kekal sebagai individu amat dihormati di negara 400,000 penduduk itu yang menikmati taraf hidup tertinggi di Asia.

Bagaimanapun, beberapa minggu lalu perdebatan internet berlaku membabitkan penyokong undang-undang berkenaan dan mereka yang amat bimbangkan pelaksanaannya.

“Amat menakutkan untuk memikirkan kami mungkin direjam dengan batu sehingga mati kerana menyintai atau didenda kerana meminati sesama jantina dan pakaian kami turut dikawal,” kata satu kiriman internet.

Brunei mempunyai penggunaan dan kadar penembusan media sosial terbesar dunia. Undang-undang syariah memperuntukkan hukuman mati kepada zina, potong tangan kerana mencuri serta sebatan dalam kesalahan seperti pengguguran, minum arak dan homoseks.

Negara itu melaksanakan ajaran Islam konservatif berbanding jiran Islamnya, iaitu Malaysia dan Indonesia dengan mengharamkan jualan arak dan mengehadkan agama lain.

Ia juga mempunyai dua sistem perundangan, iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang mengendalikan kes perkahwinan, pewarisan harta dan banyak isu kecil lain. - AFP

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger