Tuesday, September 8, 2015

Senarai Lagu Tema OST Drama Waris Kasih TV3 | Drama Waris Kasih (TV3) 2015

4:22 PM No Comments

Drama bersiri terbaru di slot Azalea bertajuk 'Waris Kasih' akan menemui penonton di TV3. Drama terbitan Temenggong Pictures itu menampilkan pelakon lama dan baru seperti Farisha Irwayu, Nisha Dirr, Johan As'ari, dan Tengku Putri Najuwa. Drama terbitan Temenggong Pictures dibawah arahan Zul Huzaimy. Saksikannya setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di slot Azalea TV3.

LAGU TEMA / OST WARIS KASIH
Tajuk : Hati Dimiliki
Penyanyi : Dewi Liana Seriestha
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Fatin/Cheli

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Lara Hati TV9 | Drama Lara Hati (TV9) 2015

4:17 PM No Comments

Orangetree Production mempersembahkan drama bersiri terbaru Lara Hati. Dibarisi oleh pelakon seperti Nazrief Nazri, Nelydia Senrose, Hafeez Mikail, Nonny Nadirah, Mustaqim Bahadon, dan Ika Nabella. Drama Lara Hati bakal mengisi slot Ratu TV9. Nantikan kemunculan mereka tidak lama lagi.

WATAK PELAKON

Nazrief Nazri sebagai Razlan
Nelydia Senrose sebagai Elena
Mustaqim Bahadon sebagai Azim
Hafeez Mikail sebagai Faiz
Nonny Nadirah sebagai Nisa
Ika Nabella sebagai Lela

*Senarai OST akan di kemaskini

Read More...


Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-27 (2015)

4:13 PM No Comments

Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sebanyak 20 anugerah diumumkan dalam majlis yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad tersebut. Berikut adalah senarai pemenang pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-27 (FFM27):

Senarai Pemenang FFM27:

Filem Box-Office - The Journey (kutipan RM18 juta)
Penyunting Terbaik - Adilan Azemi (Dollah Superstar)
Sinematografi Terbaik - Eric Yeong (The Journey)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Raykarl Iskandar (Lelaki Harapan Dunia)
Cerita Asal Terbaik - Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Lakon Layar Terbaik - Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)
Pengarah Harapan - Raja Mukhriz (Ophilia)
Pelakon Harapan Wanita - Dawn Cheong (Cuak)
Pelakon Harapan Lelaki - Kodi Rasheed (Ophilia)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nadiya Nisaa (Terbaik Dari Langit)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Amerul Affendi (Terbaik Dari Langit)
Karyawan Sepanjang Zaman - Othman Hafsham
Anugerah Khas Juri -  The Great Lion
Anugerah Khas Juri - Amir & Loqman Pergi Ke Laut
Anugerah Khas Juri - Terbaik Dari Langit
Pelakon Wanita Terbaik - Fazura (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
Pelakon Lelaki Terbaik - Lee Sai Peng (The Journey)
Filem Bukan Dalam Bahasa Melayu Terbaik - The Journey
Pengarah Terbaik - Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Filem Terbaik - Lelaki Harapan Dunia
Filem Cereka Animasi Terbaik - Ribbit (KRU International Sdn Bhd)
Filem Animasi Bersiri Terbaik - Rimba Racer (Glue Studios Sdn Bhd)
Filem Pendek Terbaik - Salvaj (Cho We Jun)
Penataan Seni Terbaik - Tunku Mohd Taufek (Lelaki Harapan Dunia)
Penataan Bunyi Terbaik - Winson Poon (Hungry Ghost Ritual)
Pereka Kostum/Busana Terbaik - Elaine Ng & Wing Shum (Hungry Ghost Ritual)
Kesan Khas Terbaik - Mirage Works (Seventh)
Skor Muzik Asal Terbaik - Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
Lagu Tema Asal Terbaik - “Lautan” oleh Yuna (Lagenda Budak Setan 3)
Penggiat Belakang Tabir - Puan Mariam Ibrahim

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Bukan Isteri Sempurna TV3 | Bukan Isteri Sempurna (TV3) 2015

4:10 PM No Comments

Sebuah lagi drama adaptasi novel bertajuk Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu akan ditayangkan untuk slot Samarinda TV3. Diarahkan oleh Azmi Hatta terbitan A.Aida Production. Pelakon utama gandingan Dazrin Kamaruddin dan Atikah Suhaime. Saksikan drama ini bermula 3 September, bersiaran setiap Selasa hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

LAGU TEMA / OST BUKAN ISTERI SEMPURNA
Lagu : Bukan Isteri Sempurna
Artis : Mila Jirin
Lagu : Eddie Hamid
Lirik : A.Aida


Read More...


Pekerja hospital kantoi mandi dalam periuk

4:00 PM No Comments

SEBUAH rakaman video yang memaparkan seorang pekerja hospital mandi di dalam periuk yang digunakan untuk memasak kepada pesakit di hospital berkenaan tersebar di laman sosial.

Video menunjukkan, pekerja yang masih memakai uniform hospital duduk di dalam sebuah periuk besar sementara salah seorang pekerja yang lain menuang air ke kepalanya menggunakan jag plastik.

Turut kedengaran suara ketawa dia dan beberapa orang yang berada dikelilingnya.

Kejadian dipercayai berlaku di Hospital Traumatology dan Orthropedics, Puebla, tengah Mexico.

Video tersebut dikongsi oleh pengguna laman sosial dan kini video yang berdurasi 30 saat itu, di tonton hampir 87,000 tontonan di Facebook.
Memetik laporan Mirror.uk, Instititut Keselamatan Sosial Mexico sedang menyiasat insiden tersebut.

Read More...


UPSR 2015

1:52 PM No Comments


Assalamualikum hari ini bermulalah peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) Oleh itu kepada semua adik-adik yang mengambil UPSR, abang ucapkan selamat Maju Jaya ! Semoga segalanya berjalan lancar.. Amin ..

Jangan lupa study, baca doa sebelum jawab.. Insyallah semuanya pasti beroleh ketenangan.. OK, dah dapat result nanti jangan lupa share ! eh ? :) 

Gambar dari google 
Read More...


Biasa lah, hidup menumpang !

1:31 PM No Comments

Assalamualaikum semua, Biasalah hidup menumpang, itulah tajuk yang terfikir ketika dan saat ini, teringat masa dulu-dulu, selalu sangat hidup menumpang, masa zaman U pon menumpang kawan pergi kelas. Kalau hidup menumpang ni biasalah kena ikut jer orang yang kita tumpang tu kalau dia lambat kita lambat , kalau dia cepat kita cepat.So, kena hadap. Tapi itu semua lumrah yang perlu kita lalui, dah nama pon menumpang kena la ikut.  

Seperti gagak menumpang helang, eh ade ke peribahasa macam ni ?

Apa yang nak di tegaskan di sini, bila menumpang tu buatlah cara menumpang ok? Assalamualaikum..  

Gambar hiasan dari encik google 
Read More...


Terkejut bank tidak terima tukaran wang

1:16 PM No Comments

"TADI pergi bank, bank cakap mereka tidak terima tukar dekat cawangan sini," demikian luahan seorang pelajar Doktor Falsafah sebuah universiti di United Kingdom ketika menukar wang di sebuah bank di Johor.

Nurayuni Daud, 28,  (bukan nama sebenar), kejadian berlaku ketika dia hendak menukar mata wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling di sebuah bank pagi semalam.

Ujarnya, dia sangat terkejut dengan tindakan tersebut kerana selama ini, dia tidak mempunyai masalah untuk membuat pertukaran wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling.

"Saya hendak tukar, bank tidak mahu ambil, rugi katanya, jadi saya hendak tukar di mana....sedih Malaysia macam ini," katanya kepada Sinar Online.

Bercerita lanjut, Nurayuni berkata, duit yang hendak ditukarnya tidaklah sebesar mana hanya RM1,500.

"Setakat 200 Pound Sterling dalam duit Malaysia RM1,500," katanya.

Dalam pada itu, Nurayuni berkata, dek kerana pertukaran wangnya tidak diterima di bank tersebut, dia lantas ke tempat pusat pertukaran wang yang lain.

"Pergi 'money changer' pun mereka tidak berani ambil....hari ini (semalam) paling teruk duit Malaysia jatuh 1 Pound Sterling bersamaan RM6.54," keluhnya.

Ketika ditanya bagaimana dia kehidupannya di United Kingdom nanti dengan keadaan sekarang, Nurayuni berkata Insya-ALLAH semuanya akan 'baik-baik sahaja'.


"Hidup dekat UK ok sahaja nak 'survive', sana galakkan bekerja...banyak kerja 'part time' lagi, bayaran pun OK, sebab kos kehidupan rendah. Sejam dapat 8 Pound Sterling sejam pun dah banyak, sebab 8 Pound itu sudah besar, boleh beli macam-macam," katanya.

Read More...


Kanak-kanak lelaki, nenek mati dibunuh

1:14 PM No Comments

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia enam tahun bersama neneknya yang berumur 80 tahun, mati dibunuh dalam satu kejadian di Felcra Batu 9, Teluk Panglima Garang dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kedua-dua mangsa bersama kakak kanak-kanak itu yang berusia 11 tahun telah didatangi oleh seorang lelaki warga asing, dipercayai kenalan keluarga itu di rumah mereka di Jalan Rumbia, Sijangkang yang ingin membawa kanak-kanak itu berjumpa ibu mereka.

"Suspek berusia 31 tahun kemudiannya membawa ketiga-tiga mereka ke sebuah ladang kelapa sawit. Tiba di suatu tempat, suspek menurunkan warga emas itu dan meneruskan perjalanan bersama kedua-dua kanak-kanak itu.

Tidak beberapa jauh dari tempat nenek kanak-kanak itu diturunkan, suspek kemudiannya cuba merogol kakak si mati yang berusia 11 tahun tetapi tidak berjaya kerana adiknya (si mati) telah menjerit meminta pertolongan," katanya.

Akibatnya budak lelaki itu telah dipukul menggunakan kayu oleh suspek sehingga mati," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Melihat kejadian itu, kanak-kanak perempuan berkenaan melarikan diri dan pergi ke sebuah rumah berhampiran ladang berkenaan untuk meminta pertolongan.

"Penghuni rumah berkenaan kemudiannya menghubungi polis dan setibanya pasukan polis di tempat kejadian mereka telah menemui mayat kanak-kanak lelaki itu di dalam sebuah parit," katanya.

Berdasarkan maklumat daripada kanak-kanak perempuan itu, polis kemudiannya berjaya mengesan suspek dan menahannya di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) kira-kira pukul 5 pagi tadi.

"Hasil soal siasat ke atas suspek, polis kemudiannya telah pergi semula ke lokasi kejadian dan menemui mayat warga emas itu kira-kira 100 meter daripada lokasi mayat kanak-kanak lelaki itu dijumpai.

"Kedua-dua mayat mempunyai kesan cedera akibat dipukul dengan benda keras," katanya.

Tambahnya, punca dan motif pembunuhan itu masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger