Friday, September 11, 2015

Cuai: Doktor diarah bayar ganti rugi RM312,500

4:26 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan seorang doktor hospital swasta membayar ganti rugi berjumlah RM312,500 kepada seorang wanita berhubung saman yang dikemukakan akibat kecuaian perubatan.
    
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan V. Prabakhari, 46, seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad terhadap pakar perunding anestiologi, Dr Nazri Bhupalan selaku defendan pertama dalam kes saman berkenaan.
    
Mohd Zaki dalam penghakiman ringkasnya berkata, Prabakhari selaku plaintif berjaya membuktikan defendan pertama (Dr Nazri) mempunyai "duty of care" terhadap plaintif ketika memberi anestetik (bius) kepada wanita itu.
    
Bagaimanapun, Mohd Zaki berkata defendan pertama telah melanggar "duty of care" berkenaan kerana gagal memberi penerangan bermaklumat sebelum mendapatkan persetujuan daripada Prabakhari ketika proses bius dilakukan.
    
"Akibat pelanggaran 'duty of care' itu, plaintif mengalami kecederaan dan kesakitan," kata Mohd Zaki.
    
Mahkamah memerintahkan Dr Nazri membayar RM300,000 kepada Prabakhari sebagai ganti rugi am, kehilangan kemudahan hidup, tekanan mental, kesakitan dan penderitaan yang dialami.
    
Mahkamah turut memerintahkan Dr Nazri membayar ganti rugi khas berjumlah RM12,500 kepada plaintif dan mengarahkan doktor itu membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif.
    
Sementara itu, mahkamah menolak tuntutan saman Prabakhari terhadap Pantai Medical Centre Sdn Bhd, yang dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman berkenaan selepas mendapati ia tidak mendatangkan kecuaian kepada plaintif.
    
Pada 13 Jun tahun lepas, Prabakhari memfailkan saman terhadap Dr Nazri dan Pantai Medical Centre selepas mendakwa Dr Nazri telah cuai dalam menjalankan tugas ketika memberi anestetik kepadanya sebelum pembedahan dijalankan.
    
Dalam pernyataan tuntutan itu, Prabakhari berkata, beliau yang mengalami bengkak pada kaki kanan sekitar September 2011 telah mendapatkan rawatan di hospital berkenaan dan disaran untuk menjalani pembedahan pada kakinya itu.
    
Prabakhari mendakwa pada 21 November 2011, Dr Nazri telah merosakkan esofagusnya (saluran makanan) ketika melakukan proses memasukkan tiub sebelum beliau menjalani pembedahan.

Akibat perbuatan itu, Prabakhari mendakwa beliau mengalami kesakitan pada bahagian belakang dan mudah terdedah kepada jangkitan paru-paru. - Bernama

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Memori Cinta Suraya Astro Bella & Astro Mustika HD | Drama Memori Cinta Suraya (Astro Bella & Astro Mustika HD) 2015

4:17 PM No Comments

Astro akan menyiarkan sebuah drama yang diadaptasi dari telenovela Mexico berjudul 'A Love To Remember'. Drama nafas baru itu diberi tajuk 'Memori Cinta Suraya' menampilkan gandingan pelakon Hisyam Hamid dan Anzalna Nasir sebagai peneraju utama. Drama berdurasi 148 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader dibawah terbitan Global Station Sdn Bhd kerjasama bersama Astro dan Azteca. Selain Malaysia, drama ini juga akan dipasarkan ke luar negara. Drama Memori Cinta Suraya bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.30 petang di Astro Bella & Astro Mustika HD.

*Senarai OST akan di Update 


Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Lari Mira (TV3) | Lari Mira (TV3) 2015

4:10 PM No Comments

Drama terbaru arahan Feroz Kader berjudul Lari Mira akan menemui penonton di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar bersama pelakon dari Indonesia iaitu Erlando Saputra dan juga Nazrief Nazri dari Malaysia. Cerita ini berdasarkan kisah benar daripada kejadian tsunami di Acheh pada tahun 2004 lalu. Mengisahkan tentang kehidupan Mira selepas bencana tsunami di Banda Acheh. Bersiaran mulai 9 September 2015, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam bermula 9 September 2015 di slot Lestary TV3.

*Senarai OST akan di Update 

Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger