SEORANG pemburu emas Nazi, mendakwa bahawa dia telah menemui
harta karun peninggalan Nazi pada era Perang Dunia Kedua yang dianggarkan
bernilai £350 juta.
Kurator Muzium, Bartlomiej Plebanczyk percaya, dia telah
menemui bilik bawah tanah yang sebelum ini tidak diketahui orang, selepas dia
menggeledah kompleks terowong Nazi dan kubunya.
Harta karun yang dikenali sebagai bilik 'Amber' itu berusia
300 tahun yang terletak di Catherine Palace, berhampiran St. Petersburg, hilang
lebih daripada 70 tahun yang lalu dengan beberapa saksi mendakwa mereka pernah
melihat 'harta' itu sedang dimuatkan ke dalam kapal Jerman.
Sementara itu, Plebanczyk mendakwa penemuannya itu adalah harta karun yang pernah
disebut-sebut sebagai Keajaiban Dunia ke-8.
Dalam pada itu, memetik media tempatan Plebanczyk kini
sedang memohon keizinan untuk menggali
lebih ke dalam ruang bilik bawah tanah
itu, agar membolehkannya memasukkan kamera
video untuk meninjau keadaannya.
"Saya akan cuba menggunakan radar, bagi membolehkan
saya menyelongkar lebih lagi.
"Saya perlu menggerudi bilik bawah tanah itu dan akan
cuba menurunkan video di sana.
"Bagaimanapun, saya perlu menunggu persetujuan pegawai
pemuliharaan sejarah tempatan," katanya dipetik Express.co.uk