Home » Archives for Saturday, September 15, 2012
Saturday, September 15, 2012
Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2012
Assalamualaikum semua, ini adalah Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2012, Pasukan yang tiada dalam senarai tu, faham-faham saja. Kepada pasukan Kedah, perjalanan setakat ini sahaja untuk Piala Malaysia 2012, Pasukan kedah perlu mengucapkan Selamat Tinggal untuk Piala Malaysia 2012, Jumpa lagi di Piala Malaysia 2013, Insyallah. Kedah sekadar mengutip 6 mata, untuk 6 Perlawanan di mana Menang 1x, Seri 3x dan Kalah 2x. Apa pun di harap semangat juang Pasukan Kedah akan terus tinggi untuk mencapai kejayaan demi kejayaan di masa akan datang ! Insyallah. Pulun Kedah Pulun ! Kedah Pantang Kalah !
Semoga Berjaya kepada Pasukan yang masih layak bertanding !
Kisah Seorang Sahabat : Zulkifli Mh
Assalamualaikum , terkejut juga terbaca status kawan Uitm aku ni, aku tak taw pula yang dia excident, aku tak terbaca status 5.9.2012 dia... sorry la bro...aku memang tak tau.. apa pon aku doakan Semoga cepat sembuh ! Ni dia coretan hati dia untuk insan yang sentiasa memberi sokongan kepada dia :
Terima Kasih SEMUA!!!
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamulaikum wbt & salam sejahtera
Tanggal 5.9.2012 iaitu hari Rabu merupakan hari yang tidak menyebelahi saya kerana mengalami dua peristiwa pahit dalam masa sehari. Setelah sepuluh hari berlalu dan keadaan saya yg semakin pulih, saya ingin mengucapkan rasa syukur dan jutaan TERIMA KASIH kepada :
1) Allah : kerana masih memanjangkan umur saya dan memberi kesempatan utk sihat seperti sedia kala dalam meneruskan kehidupan yg mendatang. Dugaan yg diberikan membuatkan saya sedar kepada kekuasaanNYA untuk saya menjalankan suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Alhamdulillah SYUKUR!
2) Emak & Abah : petang waktu sampai je kat umah, dengan keadaan luka yang kecil telah membuatkan mereka risau dan susah hati. Bila saya hendak berulang-alik ke Tg. Malim setiap hari emak dan abah akan cakap “HATI-HATI” masa bersalaman dengan mereka. Terima kasih jugak pada emak dan abah sebab buat air penawar dan limau untuk mandi bagi memulihkan balik semangat saya yg telah hilang. Saya juga minta maaf sebab telah membuat mereka risau sepanjang masa. :)
3) Ahli keluarga : Terima Kasih jugak pada semua ahli keluarga yg mendoakan kesihatan saya dan bagi kata2 semangat utk saya sihat seperti biasa.
4) Sahabat Baik : Terima Kasih AMAT, sebab ko bagi support kat aku dan tenangkan fikiran aku yg betul2 kusut masa tu. Thanks jugak sebab datang umah melawat aku.
5) My BFFs : Kepada anda2 (Hani Hanisya & Norhazwani ) thanks sebab bagi sokongan, nasihat, dan prihatin time orang sakit.Thank you so much beb sebab tak pernah jemu untuk menasihati orang. Bertuah sy jd BFF korang!
6) Kawan2 SMES : Terima kasih kepada kawan2 sekolah yg mendoakan & juga bagi kata2 semangat untuk saya kembali sihat. Terharu sangat bila kawan2 selalu bagi support utk cepat sihat.
7) Kawan2 UiTM : Terima Kasih semua sebab mendoakan & juga memberi semangat masa saya sakit. Terima kasih sgt2 sebab prihatin keadaan saya. SMS n BBM korang telah buat rasa sakit tak terasa. Thanks beb!!!!
8) Staf2 PTB : Terima Kasih sebab sangat prihatin dan mengambil berat tentang keadaan saya. Terima Kasih kepada Ketua Pustakawan, Timbalan KP, Semua Pustakawan, Pembantu, yang tiap2 hari akan check keadaan kesihatan saya. Rasa sgt dihargai.
9) Miss N : Thank You sebab bagi peluang untuk kita kenal hati budi masing2 walaupun hanya seketika. Thanks sebab bagi saya faham akan erti sesebuah perhubungan. Segala yang dikongsikan akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup saya. Terima kasih atas segalanya.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg telah mendoakan dan memberi semangat utk saya untuk pulih. TERIMA KASIH SEMUA!!!! :)
Terima Kasih,Thank You, Syukran, Xiexie,
Yang ikhlas,
(ZULKIFLI B. MOHAMAD HANIPAH) –
Dah habis baca ? :) Copy paste dari facebook, Zulkifli Mh
(15.09.2012)
Subscribe to:
Posts (Atom)