EDINBURGH - SCOTLAND. Pengalaman gembira seorang wanita
selepas pulang bercuti dari Asia Tenggara bertukar mimpi ngeri apabila menemui
seekor lintah berada di dalam hidungnya sejak lebih sebulan lalu.
Menurut laporan Straits Times, Daniela Liverani, 24, dari
Scotland percaya haiwan sepanjang kira-kira 7.5 sentimeter itu masuk ke dalam
hidungnya ketika berada Vietnam atau Kemboja ketika sedang berenang.
Pada awalnya, dia menyangka hidung berdarah berterusan yang
dialami berpunca daripada saluran darah pecah akibat kemalangan motosikal
ketika percutiannya itu.
"Ketika sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah
dan saya boleh lihat ia melekat pada hujung hidung saya. Sebelum ini saya
sangka objek hitam di dalam hidung itu adalah darah beku, tetapi selepas
melihat dengan lebih dekat di cermin, baru saya sedar ia sebenarnya seekor
haiwan," katanya.
Menurut doktor, jika Liverani terlewat membuat pemeriksaan,
lintah itu berkemungkinan boleh masuk ke dalam otaknya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my