Tuesday, March 11, 2014

10 satelit Bejing jejak MH370

4:08 PM 1 comments

Kuala Lumpur: Beijing menggunakan 10 satelit dalam usaha untuk menjejaki pesawat MAS MH370.

Satelit resolusi tinggi yang dikawal Pusat Kawalan Satelit Xian di Utara China akan digunakan untuk kawalan cuaca, navigasi, komunikasi dan aspek lain dalam operasi mencari dan menyelamat.

Sembilan negara terbabit dalam misi pencarian MH370 iaitu Malaysia, China, Amerika Syarikat, Singapura, Vietnam, New Zealand, Indonesia, Australia dan Thailand. - AFP

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Read More...


Dua beradik rentung

4:06 PM No Comments

Alor Setar: Dua beradik tiri maut akibat terperangkap dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Taman Seri Putra, Kuala Kedah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mayat mangsa Zamzuri Asyraf Don, 13, ditemui dalam bilik air di tingkat bawah manakala abangnya Zamzuri Aswad Zainol Abidin, 34, ditemui di bahagian tangga tingkat atas rumah itu.

Ketika kejadian, hanya mereka berdua dipercayai berada di rumah dua tingkat berkenaan berikutan ibu bapa mereka keluar berniaga.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Awang Hidzel Awang Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.45 malam dan tiba di lokasi dengan 17 anggota bersama tiga jentera bagi memadam kebakaran.

Katanya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar.

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger