Thursday, March 8, 2012

Anugerah Blog Paling Popular 2012

9:43 PM 8 comments





Assalamualaikum,  Selamat Datang ke Anugerah blog paling popular 2012, Sebenarnya ini adalah review aku mengenai blog - blog yang aku rasa bagus, dari hasil penulisannya, layout , design dan sebagainya. Sebenarnya aku ni bukanlah layak untuk menilai blog orang lain , ini adalah sekadar pendapat aku tentang blog yang aku rasakan bagus. Aku telah menyenaraikan beberapa blog yang berjaya menambat hati aku. Jom kita menyelami dunia mereka sebagai seorang blogger. Tapi Sebelum itu, entri ini di buat untuk memperkenalkan kepada blogger tentang kewujuadan rancangan Next top blogger yang di anjurkan oleh saudara Awie Omar, anda boleh klik nama ni untuk ke blog beliau, Rancangan NTB1 telah menghimpunkan 16 peserta secara keseluruhannya, dan setiap minggu seorang peserta akan di singkirkan, oleh itu kenalah berjaga - jaga. Sehingga kini hanya tinggal 9 peserta sahaja termasuk aku, alhamdulillah aku masih lagi di beri peluang untuk menyertai survivor ini. Kepada anda semua kalau ada NTB2 jemputlah untuk menyertainya tanpa segan silu. Baiklah setelah penilaian di buat aku telah menyenaraikan beberapa blog untuk Awie omar follow dan invite mereka untuk sertai NTB2 insyallah jika ada rezeki.



1. Final Hope




Blog " Final hope", Blog ini mempunyai follower yang agak ramai, hasil penulisannya juga menarik untuk di baca, di dalam blog ni juga di selitkan tutorial yang berguna untuk para blogger. Apa yang unik di sini beliau menggelarkan dirinya sebagai " Abah". Apa -apa pon aku salut dengan blog ini. Jom terjah beliau di http://mentega-terbang.blogspot.com/


2. My Suara Blog




Blog ini sangat bagus dari hasil penulisannya ini menurut pendapat aku. Pertama kali aku terjah blog ini dah rasa tertarik dengan gaya penulisanya yang bersahaja lahir dari hati yang ikhlas. Maklumat terkini dan gosip panas pon banyak juga dalam blog ini. Sila ke  http://mysuarablog.blogspot.com/ untuk maklumat lebih lanjut.


3.  Blogfyna.com





Blog sangat terbaik la. Kalau nak tahu cerita terkini, gosip terkini, informasi terkini jom la ke blog saudari ini memang tak rugi, Aku tertarik dengan blog sebab kalau ada saja informasi terkini mesti dia yang tau dulu, Memang laju la dia sampaikan berita nak tahu informasi terkini ? Jom merayau ke http://blogfyna.com/


4. XXDRLURVEXX.blogspot




Seterusnya , blog DOKTOR. wah doktor buat blog. Dia buka calang - calang doktor dia doktor " Cinta ". Itulah gelaran dia , dia menggelarkan dirinya sendiri sebagai dr.cinta. Dia juga merupakan pengasas Blogger area, aktif berblog, Sekiranya memerlukan nasihat sila la follow beliau di http://xxdrlurvexx.blogspot.com/


5. Lelaki Ini





Kepada semua lelaki jom selami dunia lelaki di blog ini, Entri di blog ini sangat ringkas tetapi padat. Blog ini lebih kepada entri kehidupan , perjalanan kehidupan insan yang bergelar lelaki. Blog ala - ala diari kehidupan la. Apa yang penting  disini ialah entri nya ringkas dan menarik. Kadang - kadang tajuk entri tu pon dah bombastik. Tak percaya ? Jom singgah di http://lelakiini89.blogspot.com


Kesimpulannya, aku bukanlah penulis yang baik , tapi apa yang dapat di simpulkan di sini adalah bukannya mudah untuk menjadi seorang Blogger. Sampai di sini saja Anugerah blog paling popular 2012 , pilihan aku. Ini sekadar pendapat aku. Kalau anda bagaimana ? Boleh tinggalkan komen dan pilihan anda di sini. Terima kasih ! :)






Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger