TAK habis-habis dengan Piala Dunia. Begitulah minat Menteri
Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terhadap sukan yang menjadi kegilaan ramai
itu.
Selepas dengan selamba meminta MC daripada Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak pada hari pertama Piala Dunia berlangsung, Khairy hari
ini cuba 'mengampu' bosnya pula.
Menerusi gambar photoshop pasukan 'Brazil' yang dikongsi di
laman Twitter miliknya, Khairy yang berjersi nombor 11 bergurau, beliau tahu
kenapa pasukan Brazil berjaya menewaskan Cameroon 4-1, malam tadi .
"Yes, ini sebab Brazil memang. #11 score dua bijik (up
sendiri), 4 man of match (up boss), pakai songkok red card," tulisnya.
Selain KJ dan Najib, pemain lain pasukan 'Brazil' yang
menjadi viral itu termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Ibrahim Ali dan Safik
Rahim.
Tidak ketinggalan, Khairul Fahmi Che Mat, Rowan Atkinson dan
'pemegang kad merah', Raja Bomoh, Datuk Ibrahim Mat Zain.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my