Thursday, February 26, 2015

Daerah Petaling sarang aedes

10:24 AM 1 comments

Shah Alam : Kawasan tapak pembinaan di daerah Petaling dikesan menjadi ‘sarang’ utama pembiakan nyamuk aedes di negeri ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor Dr Daroyah Alwi berkata, daerah Petaling merekodkan kes serangan denggi tertinggi iaitu 5,967 kes diikuti Hulu Langat (2,222 kes), Klang (1,824 Kes) dan Gombak (1,238 les) bagi tempoh Januari hingga 21 Februari lalu.

Beliau berkata, pembangunan pesat di Daerah Petaling menyumbang kepada peningkatan kes denggi kerana terdapat banyak lopak dan bertakung air di tapak pembinaan yang meningkatkan pembiakan nyamuk aedes.

“Bagi tempoh Januari sehingga 21 Februari lalu, 12,427 kes denggi dicatatkan di Selangor dan menunjukkan peningkatan 66 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 7,507 kes.

“Setakat ini 29 kematian dicatatkan di negeri ini akibat denggi dalam tempoh itu. Kerajaan negeri bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membanteras penularan pembiakan nyamuk aedes,” katanya ketika ditemui dalam sidang media kes demam denggi di Selangor di sini, semalam.

Katanya, 46 tapak binaan di daerah Petaling diperiksa dan 45 daripadanya didapati positif menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes.

“Susulan itu 39 tapak binaan diarahkan menghentikan operasi berikutan jumlah lokasi pembiakan di kawasan berkenaan yang tinggi.

“Semua tapak bina yang positif diberi notis dan akan dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan mengikut Seksyen 8 Akta Pembawa Penyakit 1975,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 6:26 AM


SUMBER : http://www.hmetro.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger