WASHINGTON - Bekas Timbalan Setiausaha Negara Amerika
Syarikat, Strobe Talbott mendakwa kehilangan pesawat MH370 yang disyaki angkara
pengganas mungkin akan untuk melakukan serangan menyerupai 9 September di
India.
Berikut adalah
dakwaannya menerusi Twitter, semalam:
‘Misteri pesawat Malaysia: Faktor arah, kapasiti minyak
menjurus kepada rampasan pesawat, perampas mungkin merancang melakukan serangan
menyerupai 9 September di India’.
Beliau berkata, pesawat itu mungkin terhempas seperti
rampasan pesawat UA 93 pada 2001.
Terdahulu, beliau menjelaskan menerusi tweet bahawa terdapat
spekulasi pesawat itu mungkin terhempas dalam perjalanan ke India seperti
berlaku pada pesawat UA93.
Pesawat UA93 dirampas di Pennsylvania dengan kesemua 44 anak
kapal dibunuh dan dua hari kemudian dua lagi pesawat dirampas sebelum melanggar
Pusat Dagangan Dunia. - Times of India
Sumber : http://www.sinarharian.com.my