Sunday, March 9, 2014

Doa Untuk MH370 | Menanti Kamu MH370 | Pesawat MAS MH370

1:27 PM 1 comments

Assalamualaikum sehingga ke Hari ini , detik ini, tiada khabar berita mengenai Pesawat MH370, Terdapat pelbagai Spekulasi yang benar atau sebaliknya. Walau apa yang terjadi di harap semua dapat bertenang dan teruskan berdoa. Mungkin ini Amaran , petanda atau musibah daripada Allah S.w.t. Marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan dan Keselamatan MH370.

Menanti Kamu MH370

Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu.

Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
Andai terguris tunjukkan lah di mana,
Andai ada tunjukkan lah rupa,
Tidak nanti kami tertanya..

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
KepadaMu kami berserah.

#Pray4MH370
credit:Berita Terkini Pesawat MH370
Read More...


Waris penumpang China berang dengan MAS | Nahas Pesawat MAS MH370

1:14 PM No Comments

SHAH ALAM - Keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak kelmarin mula melepaskan rasa marah dan kecewa pada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang enggan berkongsi maklumat dengan mereka.

Menurut satu kenyataan yang dipetik di portal web Inquirer.net, salah seorang ahli keluarga mangsa mendakwa pihak MAS masih tidak mendedahkan apa-apa maklumat terperinci kepada keluarga.

"Kebanyakan maklumat yang kami perolehi sama dengan maklumat yang ada di media dan laman sosial.

"Kami sudah menunggu selama berjam-jam, namun masih tidak ada jawapan dari pihak penerbangan," katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MAS kelmarin, 153 dari 239 orang penumpang pesawat itu adalah warganegara China.

Pesawat MAS MH370 yang dijadualkan berlepas pukul 12.41 pagi 7 Mac lalu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.40 pagi semalam.

Namun pesawat itu telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 pagi dan hilang sehingga kini.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Kelantan kembali ke tangga teratas Liga Super 2014 | Kedudukan Terkini Liga Super 2014 | Liga Super 2014

1:07 PM No Comments

KELANTAN kembali merampas tempat teratas Liga Super daripada Terengganu selepas mengalahkan Lions XII  2-1 di Stadium Jalan Besar, semalam.

Kejayaan membawa pulang tiga mata itu membolehkan pasukan 'The Red Warriors' (TRW) kini mengumpul 12 mata selepas mengharungi enam  perlawanan.

Dalam perlawanan itu, pasukan tuan rumah bermula garang apabila berjaya membuka jaringan sulung menerusi penyerang berbisanya Khairul Amri pada minit ke-26.

Kegembiran pasukan Lions XII tidak berkekalan apabila Ahmad Fakri Saarani menyamakan kedudukan pada minit ke-50 sebelum Forkey Doe mengesah kemenangan Kelantan pada minit ke-90. 

Johor Darul Ta'zim (JDT) yang sebelum ini menduduki tangga keenam, turut berjaya membaiki kedudukan dengan berada di tempat kedua carta liga selepas mengumpul 10 mata hasil kejayaan mengalahkan Sime Darby 2-0 di Stadium Selayang.

JDT membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi sepakan percuma yang dilakukan oleh Luciano Figueroa sebelum Norshahrul Idlan Talaha mengesahkan kemenangan pada minit ke-31.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang berpesta gol selepas membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-1.

Gol pasukan Tok Gajah dijaringkan oleh Matias Ruben Conti pada minit ke-14,
Dickson Nwakaeme (minit ke-17 dan 50) dan  Mohd  Faizol Hussain (minit ke-32).

Manakala gol saguhati ATM disumbangkan oleh Juan Manuel Arostegui pada minit ke
67.

Sementara itu, Perak pula  hanya mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Selangor PKNS di Stadium Perak, Ipoh.

Gol Perak dijaringkan oleh pemain import dari Brazil, Eliel Da Cruz Guardino seawal minit keenam sebelum Karlo Primorac menyamakan kedudukan pada minit ke-39.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Pegawai Miti sah dalam pesawat MH370 | Pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) | Pesawat MAS MH 370

1:03 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Sofuan Ibrahim, disahkan berada di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing.

Senarai nama terkini yang dikeluarkan Malaysia Airlines mendapati Sofuan merupakan antara 227 penumpang pesawat yang masih belum dikesan itu.

Terdahulu, seorang pegawai komunikasi korporat kementerian itu, Rashid Omar berkata Sofuan mempunyai tugasan rasmi di Beijing.

"Beliau mempunyai tugasan rasmi dan tidak melaporkan diri hari pertama bertugas di Beijing seperti yang dikhabarkan di media sosial," katanya kepada Bernama.

"Itu sahaja maklumat yang boleh saya berikan setakat ini. Sebagai rakan sekerja saya amat mengharapkan beliau selamat," katanya.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. - Bernama

Sumber : http://mohdyunus89.blogspot.com
Read More...


Nahas MH370: Pakar Amerika bantu MAS | Pesawat MAS MH370

12:54 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) akan menubuhkan pusat arahan di Kota Bharu, Kelantan atau Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam sebaik sahaja lokasi pesawatnya yang hilang dikesan, kata syarikat penerbangan itu.

Dalam kenyataan di laman webnya, ia berkata bagi menghadapi kemungkinan yang terburuk, pakar pengurusan bencana dari Atlanta, Amerika Syarikat akan membantunya dalam 'saat-saat genting ini'.

MAS berkata, ia sedang melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan termasuk bantuan kewangan segera kepada anggota keluarga para penumpang yang terbabit.

Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dari 14 negara dan 12 krew hilang daripada radar semasa berada di Laut China Selatan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu.
  
Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas pada pukul 12.40 pagi dari Lapangan Terbang KL dan hilang kira-kira 1.30 pagi.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

MAS berkata, ia akan menempatkan sekumpulan kaunselor ke Beijing pada Ahad.
Ia telah menghantar 94 kaunselor yang terdiri daripada kakitangan terlatih dan anggota Tzu Chi Foundation untuk memberi sokongan emosi kepada keluarga penumpang. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tompokan minyak: Belum tentu milik MH370 | Pesawat MH370

12:50 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini berkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam, masih belum disahkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa di Vietnam untuk mengesahkan laporan Akhbar Tuoi Tre itu tetapi tidak lagi menerima sebarang jawapan.

Akhbar itu melaporkan bahawa tompokan minyak itu masing-masing sepanjang 20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.

Tompokan minyak itu dilaporkan ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu di pesisir selatan Vietnam.

Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga dilaporkan mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.

Azharuddin turut berkata pihaknya juga telah meneliti rakaman CCTV berkaitan penumpang pesawat terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan keganasan.

"Kami tidak menolak semua kemungkinan," kata Ahmad Jauhari apabila ditanya wartawan samada kejadian itu ada kena mengena dengan keganasan.

Pencarian pesawat MH370 akan diteruskan sepanjang malam ini dan pencarian akan diperluas meliputi semua kawasan perairan di Malaysia termasuk laut China Selatan dan Selat Melaka mengikut prosedur operasi standard DCA dan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Nahas MH370: Dua tumpahan minyak dikesan | Pesawat MH370

12:47 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi tadi.

Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.

Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.

Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.

Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.

Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi.

Sumber :  http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Sari Yanti fail penceraian?

12:43 PM No Comments

SELEPAS aktres cantik, Erra Fazira disahkan bercerai beberapa minggu lalu, kini nama beberapa selebriti dikatakan bakal melalui proses penceraian.

Antaranya adalah aktres tinggi lampai,  Dynaz Mokhtar dan aktres bertubuh genit, Sariyanti.

Bagaimanapun Dynaz dalam beberapa temu bual sebelum ini menafikan perkara itu dan meminta semua pihak tidak memandai-mandai membuat spekulasi mengenai rumah tangganya.

Berbeza dengan Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, yang masih tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Menurut sumber di laman forum Cari, Sari dikatakan sudah menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban, hujung bulan lalu.

Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Eddy Casmady selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki yang comel iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Usaha Zass untuk mendapatkan pengesahan dari Sari gagal kerana wanita itu kini berada di Capetown, Afrika atas urusan kerja.

Dalam perkembangan lain, Sari kini mengembangkan kariernya dengan menerbitkan pelbagai program televisyen menerusi penubuhan syarikat produksi miliknya iaitu Media Glow Production.

Dia juga baharu sahaja selesai menjalani penggambaran program aksi Fear Factor Malaysia yang menggandingkan dia bersama peminatnya bernama Anbia.

Fear Factor Malaysia bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam sejak 15 Februari 2014 lalu menerusi saluran Astro Ria (104).

Sumber :  http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Penumpang misteri dalam pesawat MAS MH370 | Penerbangan Malaysia (MAS)

11:38 AM 2 comments

Kuala Lumpur: Dua penumpang, masing-masing warga Itali dan Austria yang turut disenaraikan Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai penumpang yang hilang bersama pesawat MH370 di perairan sempadan Malaysia/Vietnam, pagi semalam, dipercayai tidak berada di atas pesawat itu.

Penggunaan identiti mereka oleh dua p enumpang MH370 menimbulkan persoalan sama ada kehilangan pesawat berkenaan ada unsur jenayah.

Tiada dalam pesawat

Menurut Kementerian Luar Itali, warganya Luigi Maraldi, 37, yang disenaraikan sebagai penumpang MH370 seperti dikeluarkan oleh MAS, pagi semalam, tidak berada di dalam pesawat berkenaan

Sumber :http://www.bharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger