Thursday, March 26, 2015

Datang kerja awal sikit boleh ?

12:51 PM No Comments

Assalamulaikum semua, mesti anda semua sedang bekerja. Saja saya menulis entri ni untuk mengesa anda semua datang kerja dengan lebih awal. Kehidupan seharian kita seringkali di kaitkan dengan masa, so kalau kita tak pandai urus masa, ape akan jadi dengan kehidupan kita seharian ? tepuk dada , tanya hati. 

Datang kerja awal sebenarnya tak rugi pon , bila kita datang awal kita boleh prepared diri kita supaya lebih tenang untuk bekerja. Cuba lah kita datang lambat, mesti kita akan kelam-kabut kan ? so, kita akan cemas dalam keadaan kita cemas tu macam-macam boleh berlaku, pekara yang kita sendiri tidak jangka. Lagi satu kalau kita datang kerja lambat kita akan menyusahkan orang lain. Hidup kita ni, cuba jangan menyusahkan orang lain. Kalau datang lambat sekali-dua tak pe, kalau berkali-kali ? lu pikir sendiri.. 

Uruslah masa sebaik-baiknya, kalau tahu trafic jam cuba datang awal, sekurang-kurangnya kita boleh elak jam tu. Kerja satu ibadat. so, fikir-fikirkanlah. Sampai di sini saja, leteran aku. Masa itu emas, jangan buang emas ! ok. Datang kerja awal sikit boleh ? boleh ke tidak ? 


Read More...


Hati-hati ketika muat naik status, gambar

12:27 PM No Comments

JOHOR BAHRU - Keghairahan masyarakat hari ini berkongsi sebahagian kehidupan peribadi mereka melalui status-status di laman media sosial perlu ditapis dengan tindakan lebih berhati-hati.

Menurut pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor Al-Habshi berkata, budaya gemar memuat naik status dalam apa jua perbuatan ini didorong naluri manusia yang gemar berkongsi cerita.

Menurutnya, gejala yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada masa kini disebabkan mereka suka berkongsi sesuatu perkara tanpa mereka ketahui betapa batasan perkara itu telah merebak dan ada kalanya disalah erti sesetengah pihak hingga menjadi viral termasuk perkara remeh.

“Pada asalnya mungkin mereka berniat untuk berkongsi apa jua yang dilakukan tidak kiralah ke mana lokasi mereka pergi, tempat mereka makan atau apa sekalipun jua yang sedang dilakukan dan kesemuanya berasas pada perasaan, fikiran dan perbuatan.

“Namun, dalam hal media sosial ini boleh dikira lebih kepada soal perasaan. Mungkin mereka berasakan sukar untuk pergi ke satu-satu tempat itu atau sukar untuk makan makanan tersebut, jadi mereka muat naik lokasi percutian mereka serta juadah yang dijamu atau sebagainya.

“Jadi, mereka juga mungkin terlupa atau tidak perasan atau itu semua bukannya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Ini kerana mungkin memberi kesan kepada sesetengah individu hingga menghiris perasaan mereka yang tidak memilikinya,” katanya.

Syed Mohamed Shafeq berkata, setiap individu mempunyai pandangan positif atau negatif dalam mentafsir apa jua perkara yang dimuatnaik dalam laman media sosial ini.

“Ada benda individu itu boleh ceritakan, ada benda saya kira tidak patut diceritakan. Kadang-kala kita mungkin berpendapat hanya sebarkan satu-satu perkara itu dalam kalangan kumpulan kita sahaja, namun siapa tahu ia disebarkan ke ruang yang lebih luas di luar pengetahuan kita atas sebab tertentu.

“Sekarang ini ramai tidak perasan banyak pihak terlalu ghairah iaitu salah satu bentuk perbuatan sehingga menutup fikiran mereka untuk turut lakukan perkara yang sama (muat naik status) dan mungkin mewujudkan rasa alpa atau lalai.

“Misalnya pada satu gambar sahaja kini yang dimuat naik memberi makna yang pelbagai. Masing-masing mempunyai tafsiran yang tersendiri. Kita pula sebagai penerima tidak boleh hentikan orang berfikiran negatif,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan agar pengguna media sosial lebih berhati-hati tatkala menggunakan kemudahan media pada era globalisasi serta tidak memuat status yang tidak sepatutnya hingga memudaratkan diri.

“Saya telah nyatakan tadi bahawa naluri manusia sememangnya suka berkongsi cerita kerana perasaan seronok mereka itu atas satu-satu perkara yang dilakukan. Tetapi, terpulang pada individu lain untuk menerima rasionaliti dan pemikiran mereka sama ada positif atau sebaliknya.

“Kalau boleh janganlah sampai menyusahkan orang lain. Fikir sebaik-baiknya sebelum melakukan sesuatu perkara itu. Sekarang ini sudah ada kumpulan ‘whassup’, dari sudut positifnya, kita dapat merapatkan hubungan sesama kita dengan berkongsi pendapat.

“Namun, perlu diingatkan supaya setiap ahli dalam kumpulan ‘whassup’ itu bertanggungjawab dan menjaga etika sebagai kawan serta tidak menyebarkan satu-satu perkara yang tidak pasti itu kepada kumpulan atau pihak yang lain.

“Pembaca perlulah mengelak menjadi penyebar berita kecuali perkara itu telah benar-benar sahih seperti telah keluar di berita atau sebagainya. Alangkah malunya jika berita itu tidak benar menyebabkan terhakisnya kepercayaan rakan kepada kita,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger