Tuesday, January 28, 2014

CADANGAN MENGADAKAN KARNIVAL "ROADSHOW" : MALAYSIA ONLINE BAZAAR | Siri Jelajah Malaysia 2014

12:37 PM No Comments






PENGENALAN

Karnival ini adalah karnival yang julung kali diadakan. Karnival ini bukanlah karnival seperti kebanyakan ekspo dan lain-lain, kerana mempunyai sasaran dan motif tersendiri yang akan menguntungkan penganjur dan peserta.



OBJEKTIF

Tujuan karival ini diadakan adalah untuk menjadikan usahawan kecil lebih berdaya maju dan berfikiran lebih terbuka untuk menjadikan bidang usahawan dan perniagaan ini sebagai suatu kerjaya pilihan yang menjamin masa depan.
Justeru, pihak kami telah bercadang mewujudkan sejenis "platform" iaitu landasan bagi membantu golongan peniaga kecil ini lebih dikenali dan lebih dekat dengan pelanggan dari seluruh pelusuk negara. Ini kerana, untuk membuka sejenis perniagaan atai perusahaan memerlukan modal, masa dan usaha yang berterusan bagi memastikan kelangsungan perniagaan berterusan. Tetapi, kekangan yang selalu dihadapi ialah penjenamaan produk,pengiklanan tidak berkesan, kurang publisiti dan jenama yang kurang mendapat tempat dan kepercayaan pengguna yang akhirnya akan mewujudkan kemungkinan perniagaan susah berkemband dan berdaya maju serta kemungkinan lain yang leboh buruk.
Sebagai langkah permulaan, pihak kami mewujudkan karnival ini. Karnival ini akan membantu para usahawan mempromosikan perniagaan, jenama dan produk mereka kepada umum dengan kos yang rendah tapi secara berterusan. Penjenaaman sesuatu produk atau perniagaan adalah penting kerana hanya yang dikenali mudah mendapat tempat di hati pengguna.



SASARAN PESERTA

Peserta yang disasarkan dan disarankan menyertai adalah dari golongan peniaga muda, pengusaha makanan halal, ibu tunggal, pemborong dan pengedar, pengusaha bidang Industri Kecil dan Sederhana, peniaga atas talian (online) dan lain-lain golongan yang mengimpikan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke seluruh Malaysia. Ini kerana kami akan menjadikan karnival ini sebagai satu "trademark" untuk penjenamaan produk melalui siri jelajah karnival ini.



SASARAN PENGUNJUNG

Pengunjung bagi setiap lokasi adalah disasarkan seramai sekurang-kurangnya 50,000 orang. Ini kerana sepanjang karnival ini berlangsung, ia tidak hanya sekadar karnival. Ia juga akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang akan menarik minat orang ramai berkunjung serta pilihan lokasi yang mudah diakses dan kawasan karnival yang menjadi tumpuan masyarakat.


PENGIKLANAN DAN PUBLISITI

Pihak penganjur akan menguruskan segala perkara berkaitan pengiklanan dan publisiti mengenai karnival ini melalui yuran penyertaan yang akan ditetapkan mengikut kesesuaian dan tidak membebankan. Pihak penganjur juga telah melantik beberapa selebriti sebagai ikon dan duta karnival bagi tujuan promosi.Promosi bagi karnival ini akan dijalankan melalui beberapa medium seperti hebahan melalui media sosial, "flyers & pamplets", "banner & bunting" serta cara-cara lain yang difikirkan bersesuaian dengan karnival yang efektif.


PELAN LOKASI

Pelan lokasi dan susun atur (layout) akan diberi setelah mendapat pengesahan dan kelulusan pihak berwajib untuk mengadakan karnival. Pelan akan diberi lebih awal supaya memudahkan pihak penganjur memastikan kelancaran karnival.


KELEBIHAN UNTUK PESERTA

Setelah menyertai karnival ini untuk pertama kali, peserta akan memperolehi pelbagai manfaat walaupun dengan kos yang rendah. Antaranya ialah :-

1.                 Pendedahan kepada suasana perniagaan yang kompetetif dan sihat
2.                 Mendapat lebih ramai pelanggan
3.                 Mendapat lebih banyak ruang untuk mempelbagaikan strategi perniagaan
4.                 Boleh bertukar pendapat mengenai pro dan kontra sesuatu perniagaan
5.                Boleh mendapat pembekal lain yang mampu memberi harga bekalan yang lebih               rendah
6.                 Dapat memasarkan produk ke segenap pelusuk negara
7.                 Karnival secara santai berkonsep "family-friendly"
8.                 Pengisian rohani
9.                 Promosi daripada pihak penganjur secara berterusan melalui pelbagai medium                 mudah capai (untuk peserta yang berdaftar sahaja)
10.            Produk peserta yang baru dijenamakan mendapat kepercayaan dan dikenali di                 kalangan masyarakat


 LOKASI KARNIVAL

Karnival akan berlangsung secara berperingkat. Di setiap peringkat akan dibahagi mengikut zon. Zon yang terlibat adalah seperti berikut:-

ZON UTARA
Kawasan letak kereta Amanjaya Mall
Sungai Petani, Kedah
April 2014

ZON TENGAH
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
Serdang, Selangor
Jun 2014

ZON SELATAN
Melaka International Trade Centre (MITC)
Ayer Keroh, Melaka
Ogos 2014

ZON PANTAI TIMUR
.......................................................................
Gambang, Pahang
Oktober 2014

ZON MALAYSIA TIMUR
Kuching Waterfront
Kuching, Sarawak
November 2014

GRAND FINALE (TERBESAR & PENUTUP)
Belum diputuskan
Disember 2014


RUJUKAN

PENGANJUR

KHAIRYNIAGA (IP0373593-V)
+6 0111 550 1005
Facebook    :         Malaysia Online Bazaar
Bank           :         0204 8010 0565 81 KHAIRYNIAGA (Bank Islam)



**Sebarang perubahan seperti lokasi, tarikh dan lain-lain akan diberitahu secara bernotis. Pihak penganjur berhak mengubah apa-apa perkara mengikut kesesuaian program berdasarkan keperluan semasa.


BORANG PENYERTAAN 

Untuk Borang penyertaan, bolehlah hubungi saya di :-

Email: muhammad_8925@yahoo.com
Facebook: Muhammad Yunus Abdul Latiff
Contact/WeChat/WhatsApp : 013-4077925



Read More...


Masakan Ibu Paling Sedap Di dunia

11:40 AM 1 comments




Tajuk : Masakan Ibu 

Rate : 5 Bintang

Lokasi ; Kulim

Komen : Masakan Sempurna dari air tangan Ibu, Sedapnya lain macam. Terbaik ! Che Jamilah , Ibu tersayang.. Saya sayang mak saya . :')















Read More...


Teluk Kemang, Port Dickson

9:10 AM No Comments




Tajuk : Teluk Kemang, Port Dickson

Rate :  3 Bintang

Lokasi : Teluk Kemang

Komen :  Keadaan pantai memuaskan, Pelbagai aktiviti boleh di jalankan. Di Teluk kemang ini juga di sediakan aktiviti pantai seperti, Banana Boat, Jet Sky, dan banyak lagi.Para pelancong juga boleh mengadakan BBQ pada sebelah malam, memang menyeronokan. Terdapat Chalet, Resort dan sebagainya. Pelancong juga boleh mendirikan khemah berdekatan pantai. Secara keseluruhannya memuaskan. 

























Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger