KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam
perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12
kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat
itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi
ini.
MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat
B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.
Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30
pagi hari yang sama.
Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa
yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat
itu.
Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan
terkini berhubung keadaan itu.
Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk
maklumat lanjut. - Bernama
Sumber : http://www.sinarharian.com.my