SETELAH dikhabarkan bermasalah dengan seorang Pengarah Fotografi,
kali ini khabar kurang enak mengenai Preity Zinta kembali bertebaran.
Menurut sumber, Preity kini berkemungkinan berdepan masalah
kewangan dan hampir muflis sehingga memaksa Preity berpindah ke rumah yang
lebih murah.
"Preity memilih untuk menyewakan kondominium mewahnya
dan dia pula berpindah ke rumah yang lebih kecil. Semua itu dilakukan selepas
beberapa individu datang untuk menuntut hutang," ujar sumber terbabit.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan
daripada Preity mengenai perkara itu.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Kasihan dia
ReplyDelete