Sunday, April 17, 2016

Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2016

2:55 PM No Comments


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 5.0 2016 akan mula dibayar secara ansuran/berperingkat mulai 28 Januari 2016. Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai tarikh, amaun dan cara pembayaran BRIM 2016.

Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Pembayaran BR1M 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Jun dan September 2016.

Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai 28 Januari 2016.

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.


Cara Pembayaran BR1M 2016

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.

Untuk menyemak samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal), sila layari Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M.
BR1M

Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2016 dengan menghubungi:

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada br1m@treasury.gov.my

Semoga info ini berguna untuk semua.


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger