TUMPAT - Seorang remaja berusia 17 tahun dirogol seorang
kenalan yang dikenali di laman sosial selepas diajak keluar dan dibawa ke rumah
lelaki tersebut di Kampung Geting di sini.
Lebih malang, remaja itu juga turut dirogol bergilir-gilir
lebih lima lelaki merupakan rakan teman lelakinya yang baru dikenali di laman
sosial itu.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip
berkata, remaja terbabit mengenali lelaki itu yang dikenali Edi sejak awal
Februari ini menerusi laman sosial.
Bagaimanapun, katanya pada Jumaat lalu, remaja terbabit
telah keluar dari rumahnya pada jam 11.30 malam di Kampung Pulau Panjang,
Pengkalan Chepa, Kota Bharu setelah dijemput Edi.
“Edi membawa mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Geting
menaiki motosikal.
"Setibanya di rumah tersebut, Edi telah menarik tangan
mangsa masuk ke dalam bilik lalu merogolnya,” katanya.
Menurutnya, remaja terbabit mendengar suara orang di dalam
rumah tetapi Edi memberitahu itu suara abangnya.
“Kemudian beberapa lelaki telah masuk dan merogol mangsa
bergilir-gilir.
“Dua daripada mereka mencekik leher mangsa apabila mangsa
cuba melepaskan diri," katanya.
Zaharudin berkata, keesokan paginya Edi menghantar mangsa
pulang ke rumah di Pangkalan Chepa.
Katanya, susulan daripada laporan diterima, polis
menjalankan siasatan dan menahan lima suspek berusia 16 tahun hingga 20 tahun
dan direman tujuh hari berakhir 22 Februari ini.
“Manakala lima lagi suspek termasuk Edi sedang diburu polis.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan
kerana merogol,” katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment