Kuala Lumpur: Kegilaan mendapatkan kosmetik secara online
yang menjadi fenomena baru di kalangan remaja tidak kira perempuan atau lelaki
untuk muka tampil cerah menawan ternyata membawa azab kepada segelintir mereka
apabila muka seolah-olah terbakar kerana penggunaan kosmetik beracun.
Ini berikutan mereka terlalu mudah diperdaya dengan ‘jaminan
kualiti produk’ serta pelbagai ‘testimoni pengguna’, di blog serta laman sosial
Facebook, kononnya kosmetik yang ditawar berkesan dalam tempoh sesingkat tiga
hari.
Mengakui sesal kerana terjebak dalam pembelian kosmetik di
laman Facebook, Sharina (bukan nama sebenar), 19, berkata, dia terpaksa
mengasingkan diri daripada rakan sekerja apabila wajahnya ditumbuhi bintik
halus merah seakan ruam panas.
“Ketika membeli (set kosmetik), saya langsung tidak
memikirkan soal keselamatan diri dan kesan produk terhadap wajah. Apa yang
terlintas hanyalah perasaan tidak sabar untuk kelihatan cerah dan cantik
sebagaimana pengguna lain di ruang testimoni produk.
“Sehari selepas pembayaran dibuat, produk yang diidam sampai
di depan rumah. Menurut label pada kotak, saya boleh melihat kesannya selepas
tiga hari dan jaminan diberi ternyata menjadi,” katanya ketika ketika ditemui
di rumahnya di Sungai Besi.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
Kasihannya dia...
ReplyDeleteSatu lagi penjual yang merosakkan online bisnis