"TUNGGU saja keputusan mahkamah!," ulas pelakon
drama bersiri Juvana, Izreen Azminda mengenai status dirinya kini.
Sebelum ini, kecoh mengatakan Izreen atau nama sebenarnya
Izreen Azminda Aznam telah pun diceraikan suaminya, Muhamad Riza Baharuddin, di
lokasi penggambaran sebuah drama bersiri.
Malah, pelakon drama 7 Suami ini turut meminta agar diberi
ruang bagi menyelesaikan masalah keretakan rumah tangganya itu tanpa melibatkan
pihak lain."Saya minta maaf. Buat masa ini, saya tidak boleh memberi komen
mengenai status saya sekarang.
"Kami berdua dalam proses menyelesaikan masalah ini
dengan merujuk kepada mahkamah,” katanya ketika dihubungi Zass.
Jelasnya, keputusan itu diambil kerana dirinya enggan
berbalas kenyataan dengan suaminya sehingga menimbulkan kekeliruan kepada semua
pihak.
Bagaimanapun, pelakon berusia 29 tahun ini mengakui, sudah
tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya itu, sejak sebulan lalu.
"Anak tunggal kami, Adrian Umar kini berada di bawah
jagaan saya dan kami juga ada berhubung tetapi ia hanya membabitkan hal
anak," katanya.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2012 di
Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak
lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan.
Dalam perkembangan lain, Izreen kini sedang terlibat dalam
penggambaran drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan, untuk tayangan TV3.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment