New Delhi: Biarpun dikritik hebat berikutan prestasi hambar
pada saingan Piala Thomas yang berakhir kelmarin, pemain perseorangan ketiga
negara Liew Daren tidak pernah terfikir untuk berundur daripada dunia
badminton.
Sebaliknya, kapten skuad negara itu menegaskan, dia akan
cuba memperbaiki persembahan sepanjang baki saingan musim ini.
“Saya hanya mahu melihat cabaran di depan. Kalau saya kenang
semula cerita lalu tak guna juga.
“Saya harap segala pengalaman sepanjang beraksi di Piala
Thomas akan menjadikan saya lebih matang,” katanya.
Daren berkata, dia tidak mahu meletakkan dirinya sebagai
seorang pemain yang terus menemui kegagalan dan bertekad untuk bangkit semula
seperti pernah berlaku kepada bekas pemain negara Kuan Beng Hong.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment