DI SEBALIK kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala
Thomas kelmarin, ramai tidak mengetahui pasukan negara matahari terbit itu
sebenarnya dibantu oleh anak Malaysia.
Individu tersebut ialah Izuan Ibrahim. Anak kelahiran
Kelantan itu adalah jurulatih kepada pemain perseorangan Jepun, Kento Momota
yang menewaskan pemain negara, Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.
Kemenangan Momota, 19, memastikan Jepun mendahului 2-1 pada
aksi final di New Delhi.
Izuan yang merupakan seorang bekas guru ketika ini
berkhidmat sebagai jurulatih remaja pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong
Badminton Association dan jurulatih di RS Hamanaka.
Dalam Facebook beliau, Izuan turut memuat naik status
menyentuh kehebatan Zulfadli Zulkifli yang mengalahkan Momota di separuh akhir
Kejohanan Badminton Remaja Dunia pada 2011.
"Pada 2011, saya tumpang gembira apabila Zulfadli
muncul juara dunia. Saya juga sedih apabila gagal membantu Momota di separuh
akhir.
"Apa pun, 2014 menyaksikan permainan Momota semakin
matang dan dia berjaya menewaskan ramai pemain hebat. Sekarang, saya sedih
melihat kedudukan Zulfadli," katanya dipetik dari Facebook beliau.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment