Serdang: Seorang lelaki berusia 38
tahun cedera parah selepas sebuah bungkusan sampah di atas keretanya tiba-tiba
meletup jam 5.30 pagi tadi.
Mangsa pada mulanya terlihat satu
bungkusan sampah di atas kereta miliknya di kediamannya di Taman Puncak Putera
Bandar Putera Permai.
Dia kemudian keluar dan cuba
mengangkat bungkusan sampah itu, namun tiba-tiba ia meletup menyebabkan tangannya
kanannya cedera parah.
Mangsa yang tinggal berseorangan
turut cedera di muka dan badan terpaksa dikejarkan ke Hospital Serdang untuk
menerima rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias mengesahkan kejadian dan siasatan
lanjut sedang dijalankan.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment