Tahukah anda bahawa baru-baru ini Raja Azmi telah membuat
satu kenyataan penuh kontroversi mengenai pemakaian tudung. Seperti yang kita
ketahui, tudung dipakai untuk menutup aurat seperti yang telah disyariatkan
oleh Islam. Kenyataan yang dikeluarkan menerusi sebuah program hiburan ini
menimbulkan kontroversi sehingga Raja Azmi menerima kecaman dan kritikan
daripada orang ramai.
Raja Azmi sebelum ini sememangnya sering
mengeluarkan kenyataan yang agak kontroversi. Kenyataan mengenai pemakaian
tudung kali ini berbunyi:
Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar
sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak
Mi tak boleh terima semua itu
Diminta menghuraikan lebih lanjut mengenai kenyataan penuh
kontroversinya itu, Raja Azmi menerusi Kosmo berkata:-
Saya tetap dengan pendirian saya, mungkin orang ramai salah
faham berhubung isu tersebut. Pemakaian tudung merupakan pilihan masing-masing
tetapi hal ini melibatkan keikhlasan hati, kita perlu betulkan perkara asas
seperti solat lima waktu dahulu.
Saya telah bersedia pada bila-bila masa untuk memakai
tudung. Namun, buat masa ini saya akan bertudung pada masa tertentu sahaja.
Insya-Allah, saya berusaha untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit demi
kebaikan saya.
Bagi saya, apa yang perlu ditekankan buat masa sekarang
adalah perkara asas dahulu. Saya perlu tunaikan solat lima waktu dengan teratur
terlebih dahulu. Kalau solat lima waktu pun compang-camping, macam mana hendak
melakukan kebaikan lain.
Ia (bertudung) merupakan pilihan masing-masing. Jika hanya
memakai tudung pada luaran tapi hakikatnya berperangai tidak baik, saya kira itu
tidak menjadi juga. Apa yang penting adalah keikhlasan hati dan kebersihan hati
itu sendiri. Mungkin disebabkan saya seorang yang dikenali, perkara ini
diperbesarkan
Masuk neraka atau masuk syurga, bukanlah kita yang
menentukannya. Namun sebagai umat Islam, marilah kita mencuba sebaik mungkin
untuk mengikuti apa yang disyariatkan. Sebagai seorang selebriti, diharap Raja
Azmi perlu lebih berhati-hati di masa hadapan ketika mengeluarkan kenyataan
yang berkaitan dengan agama. Kadang-kadang lebih baik diam sahaja daripada
mengeluarkan pendapat kita yang tak seberapa. Tak gitu?
Sumber : http://beautifulnara.com
0 comments:
Post a Comment