Sebenarnya, di kalangan peminat dan pihak media sendiri
masih tertanya tanya akan khabar angin yang kedengaran sejak dua bulan yang
lalu ini. Adakah benar rumahtangga Dynas Mokhtar kini dilanda masalah?
Menjawab soalan daripada wartawan portal GUA, Dynas Mokhtar
yang ditemui baru baru ini menafikan cakap cakap yang kononnya beliau sudah
bercerai dengan suaminya, Hafizy Hafiz pada 25 Februari yang lalu di Mahkamah
Rendah Syariah Shah Alam.
GUA turut melaporkan yang Dynas Mokhtar bagaimanapun dilihat
cuba mengelak apabila diajukan mengenai perkara tersebut.
“Ini semua hanya gosip. Perkara tersebut tidak benar sama
sekali. Saya rasa lebih baik jika kita bercakap mengenai isu ini pada waktu
lain kerana anak-anak saya ada di sini, jadi tidaklah sesuai rasanya,” ujar
Dynas Mokhtar.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Dynas Mokhtar berkata yang
hubungan beliau dan suaminya kini baik sahaja & tidak ada sebarang masalah
seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Saya enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana
hal ini melibatkan seluruh keluarga besar kami. Bagaimanapun, apa yang boleh saya
jelaskan di sini ialah hubungan saya & dia masih lagi dalam keadaan baik.
Kami juga masih lagi berhubung antara satu sama lain,” ujarnya.
Masih lagi berhubung antara satu sama lain? Apa yang cuba
disampaikan Dynas Mokhtar sini — adakah pasangan ini sudah tinggal berasingan?
Hmm. (rtky/m)
Sumber : http://www.rotikaya.com
0 comments:
Post a Comment