Tidak pernah sunyi dari dunia hiburan tanah air, jejaka
bernama Fahrin Ahmad ini sering mendapat perhatian peminat terutama golongan
wanita kerana rupa paras yang kacak.
Namun, hingga ke hari ini, masih belum ada wanita yang
berjaya mencuri hati jejaka ini. Oleh yang demikian, ada desas-desus yang
mengatakan Fahrin sebenarnya meminati kaum sejenis.
Menurut laporan Berita Harian, Fahrin menolak dakwaan
tersebut, tetapi mengakui dia pernah didekati oleh pengamal cinta sonsang.
Malah, lebih dahsyat lagi apabila dia turut menerima kiriman foto yang tidak
senonoh.
Bagaimanapun, jejaka berasal dari Johor ini tidak pernah
sesekali memarahi atau menyisih peminat dari golongan sebegini kerana baginya
tidak salah jika mereka ingin berkawan asalkan tidak melampau.
Kalau mengandaikan saya golongan itu, mengarut. Orang yang
kenal saya, tahu saya macam mana. Memang pernah dihimpit golongan ini, tetapi
saya layan mereka seperti kawan lain.
Jika melampau batas hingga mengirim gambar separuh bogel,
itu sudah keterlaluan. Saya tidak melayan orang seperti ini.
Dalam perkembangan terbaru, Fahrin bakal menjalani
penggambaran telefilem komedi berjudul ‘Abang Samseng Jemur kain’ dan bakal
digandingkan dengan pelakon jelita, Tasha Shila.
Apapun, kami respect tindakan Fahrin yang tidak memilih
peminat walau dari golongan apa pun. Kami doakan karier jejaka kacak ini akan
terus menyinar dan cepat-cepat bertemu jodoh.
Sumber : http://www.ohbulan.com
0 comments:
Post a Comment