Semalam, Ustaz Don Daniyal telahpun menjawab isu mengenai
video ‘Kompilasi Hadis Palsu Dan Pendustaan Don Daniyal’ yang dilihat turut
dipersoalkan kesahihannya oleh selebriti popular tanah air, Wardina
Menjelaskan bahawa video berdurasi selama 18 minit itu
mempunyai propaganda tersendiri, penceramah lepasan daripada Universiti
Al-Azhar ini turut menggesa agar orang ramai tidak menjadikan ustaz laman
sosial sebagai sumber untuk dirujuk.
Terkini, sebagai maklumbalas terhadap video jawapan Ustaz
Don, Wardina mengatakan bahawa dia tidak menganggap viral video tersebut
sebagai video aib, sebaliknya mengakui menggali masa silamnya adalah sesuatu
yang aib.
Wardina Jelaskan Video Ustaz Don Yang Disunting Itu Tak
Mengaibkan. Bagaimanapun, Menggali Masa Silamnya Itu MengaibkanStatus laman
sosial Wardina berkenaan kesahihan ceramah Ustaz Don menarik perhatian ramai
“Saya terkejut dengan respons untuk post Ustaz Don. Seharian
sibuk dan melihat response yang berbagai sebelah petangnya. Cukup sedih membaca
sesetengah dari komen-komen. Saya mahu kepastian dengan isi penyampaian ustaz
setelah dishare video ini di inbox saya, dan ditanya oleh seseorang. Saya biasa
bertanya dan berkongsi permasalahan dan persoalan yang ditanya kepada saya.
Saya TIDAK pernah 1.MENGUTUK 2.MENGECAM 3.MEMPERLEKEHKAN
Ustaz. Saya tak pasti dan kecil hati serta keliru melihat pertuduhan Ustaz
kepada Ikhwanul Muslimin (halal darah mereka…Ikhwanul Muslimin adalah salafy
wahabi?) dan sesetengah kisah yang ustaz bawa. TIdak ada kata-kata kesat
mahupun tidak baik dari saya. Semuanya jujur dari hati.”
Malah, Wardina turut menyangkal dakwaan bahawa dia
menyebarkan video tersebut atas permintaan pekerja sebuah syarikat televisyen
swasta dan tidak menganggap bahawa itu adalah sebuah video aib.
“Video tersebut…ya ianya diedit… namun pada saya ianya BUKAN
video aib. Itu ceramah ustaz, apa yang aib tentang ceramah ustaz? Menggali masa
silam saya, ya itu aib. Maafkan saya kerana cuba bertanya.
Sebab saya ini jahil, tidak ada ilmu. Ramai yang berkata
kepada saya kenapa tidak bertanya secara ‘private’? Sebab jujur sebelum ini
saya rasa tak perlu, sebab ianya BUKAN video aib. Ianya ceramah ustaz. BUKANnya
video mengaibkan ustaz. Saya tidak lihat ianya sebagai mengaibkan ustaz.”
Wardina juga menambah bahawa dia akan cuba hadir ke kuliah
yang dikendalikan oleh penceramah terkemuka itu dan cuba mencari solusi kepada
pertanyaannya. Apapun, rasanya tidak perlu dipanjangkan lagi soal ini dan lebih
elok kiranya ia diselesaikan secepat mungkin.
Sumber : http://www.ohbulan.com
0 comments:
Post a Comment