Tuesday, February 18, 2014

Nyaris maut sebelum solat

11:31 AM No Comments

KUCHING – Tindakan nekad seorang pekerja ladang sawit warga Indonesia mencucuk mata seekor buaya dengan jari berjaya menyelamatkannya daripada menjadi korban reptilia itu di sungai berhampiran Kampung Jemboi, Serian dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, lelaki berusia 41 tahun itu sedang membersihkan badannya sebelum buaya sepanjang kira-kira tiga meter secara tiba-tiba menerkam kaki kirinya.

Difahamkan, pekerja ladang dari Kalimantan Barat itu pergi ke sungai berkenaan untuk membersihkan anggota badannya sebelum menunaikan solat Isyak.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, sejurus diserang, dia terus mencucuk mata kiri sang bedal tersebut beberapa kali sehingga buaya berkenaan melepaskan gigitannya.

“Mujur saya tidak tercampak ke dalam sungai dan sempat mencucuk mata buaya itu meskipun dalam keadaan gelap.

 Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger