Kuala Lumpur: Akibat dendam terhadap bakal suami bekas
isterinya, seorang lelaki mengugut menyebarkan gambar bogel bekas isterinya
jika wanita itu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru, kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan
bekas suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk
wanita berkenaan dua bulan lalu.
Bagaimanapun, bekas suami mangsa yang tidak menyukai pilihan
keluarga wanita itu menyebabkan dia mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa di
Internet sekiranya meneruskan perkahwinannya dijadualkan berlangsung Mei depan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shida berkata, dia
berpisah dengan bekas suaminya berikutan sikap panas barannya dan selepas
bercerai, dia tidak menghubungi lelaki itu.
“Namun, tiba-tiba bekas suami menghubungi saya kelmarin dan
menyatakan niatnya untuk berjumpa.
Meskipun saya terkejut menerima panggilan itu, saya tetap
berjumpa dengannya kerana dia menyatakan ada hal penting untuk dibincangkan.
“Ketika perjumpaan itu, bekas suami menunjukkan satu gambar
bogel saya yang dipercayai dirakam ketika kami sah sebagai suami isteri dan dia
meminta saya membatalkan perkahwinan dengan bakal suami dengan dakwaan bakal
suami saya kaki perempuan,” katanya.
Beliau berkata, apabila dia menyatakan tidak mampu untuk
membatalkan perkahwinan berikutan bakal suami pilihan keluarga, bekas suaminya
naik angin dan mula mengugut menyebarkan gambar bogelnya.
Katanya, lelaki itu turut mengugut akan memukul dan
membunuhnya jika enggan menurut perintahnya itu.
Bagi mengelak lelaki itu bertindak agresif, mangsa membuat
laporan polis di Balai Polis Salak Selatan.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment