Tuesday, February 18, 2014

Izzue Islam nak Kahwin lagi

6:14 PM No Comments

Izzue Islam yang juga salah seorang penyanyi kumpulan Forteen bakal muncul dengan pementasan teater terbaru lakonannya  iaitu Projek Kahwin.

Berbeza dengan Teater Maduku Kalut, Projek Kahwin bakal menyaksikan saat-saat atau detik-detik Izzue Islam berkahwin dengan gadis pilihannya tetapi terpaksa melalui beberapa cabaran.

Namun, yang menariknya di sini, subjek untuk pementasan kedua-dua teater itu adalah kahwin. Adakah subjek ini memang menjadi tarikan Izzue?

Sambil tertawa, Izzue berkata, memang kalau dilihat secara luaran, mungkin ramai yang akan berpendapat begitu tetapi sebenarnya ia berlaku secara kebetulan.

"Waktu nak buat teater ni memang tidak fikir pun nak buat subjek pasal kahwin lagi. Tapi, tak sangka pulak ianya pasal isu kahwin. Cuma dalam teater Maduku Kalut, saya berkahwin lebih daripada satu dan mengamalkan poligami. Tapi dalam Projek Kahwin, ianya pasal persiapan saya untuk berkahwin," katanya.

Projek Kahwin yang bakal dipentaskan pada bulan Jun 2014 bakal merupakan pementasan teater pertama yang diterbitkan oleh syarikat produksi milik Izzue Islam sendiri bersama syarikat produksi lain.

"Saya buat ni sekadar untuk mencuba. Memang tidak senang tetapi dalam waktu yang sama, saya nak cuba buat sesuatu yang ada kaitan dengan kerjaya seni saya.

"Untuk permulaan, biarlah saya cuba-cuba terbitkan pementasan teater ini. Mudah-mudahan apa yang saya lakukan ini akan sukses hendaknya," katanya.

Sumber : http://www.murai.com.my/


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger