KUALA LUMPUR, 12 FEB 2014: Pendatang baru dari Singapura,
Hisyam Hamid, 29, akui segan dengan isteri untuk beraksi atau berpelukan dengan
artis wanita ketika sesi penggambaran.
Hisyam Hamid yang kini sedang popular dengan drama Ariana
Rose di TV3 berkata jika isterinya, Rosmawati Hanafi, 33, yang kini merupakan
pengurusnya itu ada bersama ketika dia bekerja dia pasti akan kekok.
"Walaupun saya tahu dia (isteri) memahami kerjaya saya
sebagai seorang pelakon, saya tahu hati wanita sedikit sebanyak,mesti ada
sekelumit perasaan cemburu itu bila lihat saya bermesra dengan artis wanita
lain.
"Namun isteri saya selalu memberi respon yang
sebaliknya apabila dia sendiri menyuruh saya supaya tidak nampak terlalu kekok
ketika sebuah sesi penggambaran diadakan," katanya kepada murai.com.my
ketika majlis tayangan eksklusif drama Ariana Rose di One Utama, petang
semalam.
Hisyam sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak 12
tahun lalu di Singapura dan baru sahaja bertapak di Malaysia sejak Septemper
tahun lalu.
Hisyam memberitahu dia bersyukur kerana isterinya sangat
menyokongnya dan dia berpendapat status sebagai suami orang itu tidak akan menjejaskan
kerjayanya sebagai pelakon.
"Dia kenal saya sebelum saya bergelar pelakon. Dia
sentiasa menyokong perjalanan kerjaya seni saya.
"Jadi, saya berjanji dengan isteri saya apa yang
terjadi di set penggambaran tidak akan terbawa-bawa ke luar. Malah bagi saya
status sebagai suami tidak menjadi masalah," jelasnya lagi.
Membawa watak bernama Harith dalam Ariana Rose, Hisyam
berkata dia agak gentar apabila dapat berganding dengan pelakon-pelakon
utamanya seperti Keith Foo dan Nurfathiya.
"Alhamdulilah saya bersyukur atas rezeki yang
diberikan. Mulanya saya berasa gementar kerana pelakon yang bergandingam dengan
saya semuanya handal-handal belaka . Saya sendiri yang meletakan tekanan untuk
diri saya dalam melakukan yang terbaik demi menjayakan watak ini,"
luahnya.
Selain Ariana Rose, Hisyam akan muncul dalam drama Tuan
Rumah Pembantu Rumah dan Latte at Kopi Tarik.
Sumber : http://www.murai.com.my
0 comments:
Post a Comment